February 28, 2011

Markisa: Dari bunga menjadi buah


Bunga yang kembang mekar begini, bukan jaminan buah akan manjadi. Sebaliknya banyak pula bunga yg gugur sebelum berkembang dan gugur selepas berkembang. Kali pertama pokok markisa saya berbunga, bunganya amat lebat. Gumbira hati tidak terkata . harapannya nanti banyak lah buahnya. Dapatlah jiran2 turut merasa. Rupanya,bagai bidalan mendung tak semestinya hujan. Banyak kuntum mekar yg gugur ke bumi (yer la tak kan gugur ke langit).


Hasil interaksi dengan rakan2 di egroups Taman Flora, TP memberikan tips pendebungaan. Alhamdulillah menjadi, walaupun hanya beberapa biji sahaja yg jadi. Caranya ialah
1-ambil cotton bud (pengorek telinga), sapukan pada debunga berwarna kuning. Sapu selagi ada.
2- gugurkan (goncang dan ketuk2 sikit) cotton bud tersebut supaya debunga kuning jatuh ke bahgian tengah (ladam kuda).Biarkan.
Hasilnya esoknya, kuntum bunga tadi menguncup. Saya buat waktu petang esok paginya dah menguncup. Ia kuncup selama 3 hari. [Kalau bunga rendah boleh lah buat.., kalau atas bumbung tak dapat nak tolong]

Selepas 3 hari , putik buah mula kelihatan. Seronoknya....
subahnallah. Gembira melihat kejadian Alah s.w.t yang amat unik ini.Setiap hari ku intai buah putik ini.Bila nak besar, tak sabar sabar..

Tiga hari kemudiannya putik telah semakin besar. Masa ni dah sesuai untuk dibalut.


Dah balu tu, tunggu lah ia betul2 besar dan masak . Lebih kurang 2 bulan, kalau tak masak lagi dah petik ,masam sangat ler rasanya. Kalau lama sangat , takut reqki mahluk lain pulak. Tunggu jangan tak tunggu. Marisa yg ditunjuk ini , disebelah kanan rumah. Baru 2 biji jadi buah... warnanya kulitnya putih kuning.

9 comments:

ejaMaria said...

kena tolong buat pendebungaan ke... hadui... pergola saya dah la tinggi... nampaknya dgn tuan dia la kena memanjat... ^_^

Dasiah said...

saya dah lama tingin nak tanam pokok markisa ni...mana nak dapat pokok ni ye....

la_abwa said...

Rasanya kat nusery ada tu..cuba tanya tuan nursery biasanya kat pasar2 tani ada.

Saya ada semai minggu lepas...tengok la kalau menjadi boleh juga kalau nak. tp kena tangung kos pos/courier la..

mat said...

salam.... dh merata cari benih buah markisa... skrg ni mcm susah sgt nk jumpa... dgrnya buah ni tk bermusim... berminat nk tanam sendri tp tkder benih @ biji nk start up.. leh bantu tk??? lokasi kt mana ni ek??? kuantan ke??? sy kt balakong selangor...

mat said...

Salam... sy minat nk dpatkan benih atau bijinya... dh lama mencari tp tk jugak dpt benih @ bijinya... nursery kt kl ni tk byk y menjual benih2 buah... kt mana lokasi ek??? sy kt area balakong, selangor...

la_abwa said...

Kpd mat,
Pokok markisa sy sekarang tengah berbuah ttp masak sebiji2 tak banyak. Kalau nak sy boleh pos 2 biji nnt by poslaju. Boleh tanam bijinya.RM10 kos pos.Kalau mahu nnt email saya la_abwa@yahoo.co.uk.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sy nak cari buah markisa yg masak dgn belum masak utk research sy. Jadi dkt area selangor, dimana ye sy boleh cari?

JBnetonline said...

Ada sesiapa dalam ruangan ini yg menanam secara besar-besaran.
Hubungi saya di email
siharib@gmail.com

Hans Hadz said...

Tuan nk beli benih ke