March 02, 2011

Semanis White Malaga..



Akhirnya kini pasti ku merasai...buah yang manis. Hah ini baru betul semalam (2/3/2011) ku petik sebiji, anggur yang diidam-idamkan,sejak mula berputik awal Desember 2010, kini buahnya manis walaupun saiz buahnya kecil tak seperti di ladang Saloma vineyard itew, hu hu.

Kronologi hayat white malaga di rumahku-Kuantan.

Ini adalah anggur jenis white malaga kali ke-2 di beli dari Saloma vineyard.Kali pertama beli jenis ini pada bulan Ogos 2008, menemui ajalnya beberapa bulan setelah dipindahkan ke tanah Kuantan. Mungkin juga kerana selalu sangat ditinggalkan, maklum kalau pokok dibubuh baja lepas tu ditinggalkan tak bersiram , memang kojol. Lalu kali kedua beli pada bulan februari 2009. Dapat diskaun sikit, siap beli tanahnya sekali. Kali ini tawakkal sahaja, letak dalam 'flower planter' yg digunakan untuk tanam white malaga yg dah kojol dulu tu. Nampaknya elok pulak pertambuhannya pada tahun pertama (2009). Masuk tahun ke-dua (2010) dia mula buat ragam.


Kadang2 daunnya banyak kadang2 diserang hama kuning begitulah hingga akhirnya saya biarkan sahaja. Tak ada baja cuma siram bila rajin. Kadang2 saya bercakap2 dengan anggur ni, "engkau nak hidup hidup la.. maleh nak layan". Anggur tu pun hiduplah cara dia, tapi nampaknya dia semakin galak daunnya lebih kecil tetapi urat dahannya semakin panjang berjela-jela . Mula2 saya sangkut pada dawai, bila dia melililt ke pokok mangga saya pun tarik dan sanggulkan mcm gambar sebelah, tapi tak ada tanda2 nak berbuah.

Pada suatu hari awal disember 2010, saya terlihat ada biji2 kecil tersangkut dekat daun white malaga yg baru tumbuh. Hairan tapi exited. Saya belek2, eh yer kut buah anggur. Rasa2 macam tak percaya. Pertama kerana memang dah patah hati, kedua kerana ianya tumbuh dekat daun baru. Macam mana dia ni nak besar sedangkan rantingnya pun masih muda , fikir saya. Biarlah dia, kalau betul ianya anggur , nanti kita lihat lepas saya balik dari KL . Balik KL2 minggu, mesyuarat punya pasal. Waktu tu memang musim hujan jadi tak kesah kalau tak siram pun.

Sahlah, tak syak lagi, memang berbuah yahooo....



Balik dari Kl pada 22 Disember, sebelum masuk rumah intai dulu anggur ni. Yup, memang betui2 berbuah, bukan cobaan lagi ni . Betui2 jadi.Seisi keluarga, jiran tetangga , sahabat handai jauh dan dekat diberitahu sama ada melalaui lisan dan SMS. Gumbiranya.. keh keh macam dapat loteri . (tapi tak pernah beli loteri ). Gumbira sebab selama ni ramai yg perli, buang duit, buang masa, beli jerlah kat kedai , Rm100 tu berkilo2 boleh dapat , kata depa. Mujur tak panggil akhbar Sinar buat liputan :)

Dua minggu lepas, rasa anggur ni masam macam buah cermai. Saya cadang nak letak baja folia untuk maniskan buah. Semalam, cuba petik satu biji walaupun sayang sangat, wow.. tu dia manis dah. Tak payah baja. Semanis white malaga... cayalah , lepas ni sapa nak beli anggur.. jom pakat pi Setiawan, beli dari Saloma vineyard. Caya la..walaupun saiz anggur tidak mencapai 35mm, hanya 20mm sahaja, kira ok la sebab tak jaga.

lepas ni saya nak jaga betul2...sekarang pun daunnya dah naik balik.Alhamdulillah, InsyaAllah, insyaAllah insyaAllah I'll find the way.. to grow the grape, the fruit of the heaven. Kah kah...siapa lagi nak perli2 saya lepas ni,ada brani?
p/s sedihnya tengahhari ini (khamis 3 mac 2011-hanya tinggal satu gugusan sahaja, yg lain di makan burung. Redho, dah rezki depa, lagi pun saya yg salah tak balut dgn plastik.

7 comments:

Ummu Madihah said...

Salam. Br jumpa u punya blog, melalui blog tanam sendiri. Teringin nak tanam jugak! Kawan i ada tanam tp buahnya masam katanya!

la_abwa said...

White malaga ni spesis angur yg manis. Kalau yg masam tu,bukan white malaga mungkin yg lain.Kena tengok bentuk daunnya..

Ummu Madihah said...

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya pun baru beli anak pokok buah hijau juga. Nak kena semak bentuk daunnya, tally tidak dengan u punya.

la_abwa said...

Yer, memang kena tengok jenis takut jenis solanis, daun lebat bauh tak der.

cuba baca catatan saya di sini http://bertanamlah.blogspot.com/search/label/anggur%20hijau

itulah anggur yg sampai sekarang dah dekat 4 tahun tak berbuah. Kalau nak tanam yg pasti berbuah manis, cuba beli dari saloma vineyard di Lekir, setiawan perak.

la_abwa said...

anggur hijau saya dah mula berputik awal march 2012... dah sam,pai seru..!

ala said...

salam..pngalaman bkrja petik anggur time cuti sem d barosa valley(pmastautin german mngusahakan vine trbesar sa) south australia 1982 buah anggur nk manis perlu d dedahkan pd panas matahari...jadi daun2 yg brhmpiran buah prlu dibuang - habis musim buah selalu nya d cantas ranting2 adakala dibuang dahan2 lama - akan tumboh dahan baru sbagaimana kita lakukan pd pokok rambutan

la_abwa said...

TQ ala...

Sy biasa juga buat cantasan ni...lepas bebuah sya cantas. bila daun dimakan ulat pun sy cantas juga. Cuma bila nak kena panas ni selalunya anggur kena penyakit bintik2 hitam macam tahi lalat.Sebab msia banyak hujan.