Showing posts with label Nenas. Show all posts
Showing posts with label Nenas. Show all posts

April 17, 2009

Nenas johor, nenas madu


Ini dia nenas yang sudah dipetik pada hari Jumaat 17 april 2009. Ianya sudah masak, pangkal buahnya sudah kuning separuh. Kali ini saya benar2 mengukur saiznya, tinggi 6.5in dan ukuran 'pinggang'nya ialah 17.5 in .Terkejut juga bila dirasa, sungguh sedap dan manis sampai ke telinga. Saya sebenarnya tak pasti jenis nenas ni, ada orang kata nenas Johor tetapi bila rasanya tersangat manis, lebih sesuai dinamakan nenas madu agaknya. Sebahagian nenas ni saya buat gulai lemak cili api, waduh sedapnya!

Jadi mengikut catatan saya mulai 17 Januari 2009 hingga dipetik pada 17 April 2009, nenas mengambil masa kira 3bulan untuk matang. Jambul nanas ni akan saya tanam semula secepat mungkin dan akan dicatatkan pula perkembangannya. Sementara pokok asalnya akan saya biarkan begitu sahaja. Kata jiran saya, sulur baru akan tumbuh. Entahlah saya masih belajar...

Ini gambar pada hari Rabu 15 april 2009. Saya bercadang nak memetiknya pada hari Jumaat nanti. Bukan apa, nak pastikan ianya benar2 masak . Tapi dalam hati ada kebimbangan , takut sang musang mencium dan menggigitnya terlebih dahulu. Emak saya dah 'bising' suruh petik. Sabar...sabar.

Ini gambar pada 1 april 2009.Tak sangka pula ianya spesis nenas johor yg bersaiz besar.Sekarang ni saiz diameternya lebih kurang 7 inci. Lain kali lah saya bawa tali pengukur, nak ukur pinggangnya berapa inci . Sudah begitu dewasa tetapi belum memiliki ciri2 'boleh dipetik' . Masih boleh dibiarkan membesar lagi. Saiz pada ketika ini ialah kira2 7 inci secara rentas. Kulitnya masih berwarna ungu kehitaman.


Gambar atas ialah tumbesaran nenas ini pada 23 Mac 2009. Nampaknya cepat juga ianya membesar. Sudah bertukar warna kulit kepada kehitaman dan agak tebal. Saiz ukur rentas (diameter) kira2 5inci .

Ini gambar pada 24 Februari 2009. Nampak tumbesaran yg ketara. Banyak perubahan berbanding sebulan yang lalu.

Ini lah gambar nenas johor di ambil pada 17 Januari 2009. Saiz sebenar buah nenas ketika itu ialah kira 3in diameter shj.

Bentuknya nampak pelik kerana ada bunga2 kecil berwarna ungu di celah-celah 'lubang hidungnya'.Nenas ini sebenarnya telah di taman awal tahun 2008 lagi... tanam dari jambul nenas. Agaknya sebab tu lambat berbuah atau kerana jenis tanah yg tak begitu sesuai. Nenas sesuai dengan tanah gambut.. di Kuantan tak ada tanah jenis tu, setahu saya.

April 01, 2009

Nenas spesial..


Ini gambar pada 8 Februari 2009. Lambat juga tumbesaran nenas ni. Mungkin kerana tanahnya bukan tanah gambut seperti sepatutnya. Dan mungkin juga kerana keistimewaannya yg di katakan akan berbuah 13 biji.


Gambar pada 1 april 2009.Beli dalam tahun 2008. bawa ke kuantan pada awal Feb 2009. nenas ni khabarnya ada 13 biji satu tandan.. tak sabar gak nak tengok.