Showing posts with label pisang. Show all posts
Showing posts with label pisang. Show all posts

November 14, 2010

Pisang yg prihatin



Pisang adalah antara pokok buah2an yg serasi dengan saya. Dalam banyak2 pokok ,pokok pisang yg paling mudah hidup dan subur. Walaupun ada beberapa jenis pisang yg tak rasi (kojol) dengan saya seperti pisang tanduk dan pisang emas, namum pisang batu (seakan pisang abu) dan pisang awak nampaknya tak berhenti berbuah.

Sekarang ni ada 5 pokok yg sedang berbuah serentak tetapi tempoh matangnya berbeza. bermakna setiap bulan atau minggu pasti ada pisang yg boleh ditebang. Yang jadi masalah biasanya ialah untuk menebang pokok ini kerana pokok pisang batu ini tinggi separas bumbung rumah.



Saya sudah belajar bagaimana nak tebang pokok pisang tanpa meruntuhkannya. Seorang maid indon sudah menunjukkan caranya. Mudah sahaja, kita hanya perlu cantas batang pisang pada ketinggian paras bahu tetapi jgn dicantas putus. Cantas separuh/sesuku sahaja supaya bahagian atasnya (yg ada pisangnyaa) akan terkulai perlahan2 ke bawah dan mudahlah kita memotong tandannya.



Hari ini pula, salah satu pokok pisang yang sudah matang tiba2 rukuk dihadapan saya ketika saya keluar untuk meninjau laman. Saya pun menammbat daun pisang ke arah pokok mambu , cadangnya supaya pokok tu tidak rebah terus dan saya mahu pisang masak dipokok. Petangnya, pokok tu sudah pun terbaring, agaknya tak mampu menampung berat buahnya yg ada 8 sisir. Jadi terpaksalah saya memotong tandannya (guna gergaji kecil) dan menyisirnya .Sedap juga kalau dibuat kerepek , buat juadah Eidul adha. Itu pun kalau rajin la , rasanya tidak kut. Lagipun pisang ni ramai peminatnya,jiran2 pun suka, sedap rasanya.

Begitulah kisah pisang yg prihatin dengan tuannya. Harap2 pisang yg lain pun akan mengikut teladan yg ditunjukkan oleh pisang ini, tak lah susah2 saya nak tebang :)

March 13, 2009

Pisang awak

Inilah dia pisang awak yg dicampak kan sebelum ini. Setelah dibetulkan kedudukannya dan di tanam dengan baik, maka ia tumbuh sebaiknya juga. Walaupun tidak dibaja,tapi nampaknya pisang tetap tak menghampakan.

Ini adalah gambar pisang awak yg tumbuh dari bangkai pokok pisang yg telah dibuang di tempat pembuangan sampah dan telah pun terbakar.Jun 2008 saya selamatkan pisang ini dan bawa dia ke laman belakang, mudah2an ia tumbuh. Tak disangka membesar pula pisang ni walau pun cuma dicampak.Sekarang sudah ditaman dengan baik dan pertumbuhannya menggalakkan.

March 12, 2009

Pisang emas

<- Ini adalah pisang emas yg saya bawa belayar dari Gombak pada mei 2008. Masih belum dipi jakkan ke tanah, maklum pisang emas.Ini gambar pada 13 Januari 2009. Takut bentan nanti, jadi biar dia berehat dulu dalam beg plastik beras. InsyaAllah sehari dua lagi ada tempatnya di tanah tu.Pisang ini saya beli di gombak pada April 2008.


Pantun pisang:

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

January 13, 2009

Pisang tanduk

Inilah dia anak pisang tanduk yg dibawa dari Ipoh. Nampaknya ok sahaja.. tunggu dia besar. Ini gambar Mac 2009. Ditanam di sebelah kana rumah. Yg putik ditanam sebelah kiri.

Ini gambar pisang tanduk Ipoh pada 13 jan 2009 dah mula menampakkan daun yg semakin subur. Mudah2an di mesra di Kuantan.Ini yg asal dari putik tunggul

Anak/tunggul pisang tanduk baka Ipoh saya bawa ke Kuantan, nampaknya sudah mesra alam di Kuantan. Gambar ini di ambil pada 30 Dis 2008.

Ini pula rupa pisang tanduk dirumah kakak saya di Ipoh . Diambil pada hari raya haji 2008 (9 Dis 2008). Pokok pisang kurus kering tapi buah boleh tahan juga.

June 01, 2008

Pisang kapal

Dinamakan pisang kapal kerana kununnya dizaman dahulu pisang ini ditanam dalam kapal sewaktu jemaah haji menunaikan haji menggunakan kapal. Bila pulang semula ke Malaysia, pisang ini sudah berbuah.Tak tahulah berapa lama kapal tu belayar. Gambar diambil di Felda bukit tajau. awal Mei 2008.