November 14, 2010

Pisang yg prihatin



Pisang adalah antara pokok buah2an yg serasi dengan saya. Dalam banyak2 pokok ,pokok pisang yg paling mudah hidup dan subur. Walaupun ada beberapa jenis pisang yg tak rasi (kojol) dengan saya seperti pisang tanduk dan pisang emas, namum pisang batu (seakan pisang abu) dan pisang awak nampaknya tak berhenti berbuah.

Sekarang ni ada 5 pokok yg sedang berbuah serentak tetapi tempoh matangnya berbeza. bermakna setiap bulan atau minggu pasti ada pisang yg boleh ditebang. Yang jadi masalah biasanya ialah untuk menebang pokok ini kerana pokok pisang batu ini tinggi separas bumbung rumah.



Saya sudah belajar bagaimana nak tebang pokok pisang tanpa meruntuhkannya. Seorang maid indon sudah menunjukkan caranya. Mudah sahaja, kita hanya perlu cantas batang pisang pada ketinggian paras bahu tetapi jgn dicantas putus. Cantas separuh/sesuku sahaja supaya bahagian atasnya (yg ada pisangnyaa) akan terkulai perlahan2 ke bawah dan mudahlah kita memotong tandannya.



Hari ini pula, salah satu pokok pisang yang sudah matang tiba2 rukuk dihadapan saya ketika saya keluar untuk meninjau laman. Saya pun menammbat daun pisang ke arah pokok mambu , cadangnya supaya pokok tu tidak rebah terus dan saya mahu pisang masak dipokok. Petangnya, pokok tu sudah pun terbaring, agaknya tak mampu menampung berat buahnya yg ada 8 sisir. Jadi terpaksalah saya memotong tandannya (guna gergaji kecil) dan menyisirnya .Sedap juga kalau dibuat kerepek , buat juadah Eidul adha. Itu pun kalau rajin la , rasanya tidak kut. Lagipun pisang ni ramai peminatnya,jiran2 pun suka, sedap rasanya.

Begitulah kisah pisang yg prihatin dengan tuannya. Harap2 pisang yg lain pun akan mengikut teladan yg ditunjukkan oleh pisang ini, tak lah susah2 saya nak tebang :)

5 comments:

Iskandar Abdul Rashid said...

Wah senanglah kalau gitu, tak payah susah-susah tebang. Kalau tebang, buah hempap ke tanah, boleh rosak.

Daun pisang pun boleh buat bungkus kuih, memberikan aroma yang enak.

Iskandar Abdul Rashid said...

Cantik pisang-pisang ni. Menjadi betul.

la_abwa said...

Masalahnya daun2 pisang ni di tiup angin kencang , dia pecah2. itu yg susah nak bungkus kuih, nak bungkis ikan bakar pun kena dua tiga helai. selalunya daun muda jadi korban..:)

Anonymous said...

as salam nk tanya kpdsifu pokok pisang. kalau tebang pokok yg blm berbuah separuh blh
bertunas ke lg pokok tu?

la_abwa said...

en anonymous,

boleh bertunas lagi pokok pisang tu, tapi potong lah batangnya hampir ke perdu.