Showing posts with label Bakawali. Show all posts
Showing posts with label Bakawali. Show all posts

July 19, 2009

Kempunan nak tengok bakawali meletup?

Kempunan kah saya? , pagi pagi tadi sewaktu nak menyiram pokok ternampak bunga bakawali yg dah layu terkulai. Kalau begitu gayanya kata jiran2 saya, maknanya dah kembang malam tadi. Hah, kempunan saya rupanya.



Tapi saya rasa was-was, betul ker dah kembang? nampak macam tak terbuka pun. Lalu saya petik satu bunga sebentar tadi (jam 12mlm) bawa masuk ke dlam rumah nak 'bedah siasat'. Aik kenapa debunganya masih utuh tak bersepah2 pun.. emm macam mana ni, takkan nak bersengkang mata semalaman nak tengok dia kembang. Huh tak sanggup...


Biarlah bunga tu, esok pagi saya tengok atau masa sahur nanti insyaAllah. Itu pun kalau brani..:) Sekarang mau titun dulu...

July 15, 2009

Menjejak bunga bakawali...

Bakawali solo...daun banyak bunga hanya sekuntum. Bunga ini dari pasu lain, bukan yg sama dengan bunga berkembar tu.

Hai bila lah mike nak meletup yer... tunggu dari 10 Julai tak kembang2 lagi ni.Tak ada pun tanda2 macam yg TP bagi. Tapi kelopak2 bunga tu nampak macam kembang jer.. boleh tunggu ke malam ni? lehernya pun dah panjang macam leher itik angsa dah lebih 6inci. Letih tengok bunga bakawali ni tapi excited pulak nak tunggu dia meletup.

Kat bawah ni bakawali berkembar tu pada 15 Julai 2009 jam 4 petang. Ada can tak nak meletup malam ni?

Kat bawah ni gambar bunga bakawali pada 13 Julai 2009.Bakawali berkembar.. satu daun digayut oleh dua bunga..isy isy macam tak der daun lain ko nak gayut yer....



Siap keluar akar kat batang pokok tu, seram jer macam berjanggut jer pokok ni.

.Harap daun jer lebat bunga sekuntum jer.

Ini tanda bakawali akan kembang pada malamnya. Gambar dr simpanan TP (en Md Nor).

Nampak satu kelopak terbuka.. ada harapan malamnya dia akan kembang dan meletup. Kena pasang video cam ler..

July 10, 2009

Bakawali sudah berbunga!


Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.
Baru snap gambarnya tengahari tadi. Jiran yg perasan keujudan bunganya.

Saya ambil anak pokok ni dari kawan di Kota Bharu, Kelantan sekitar tahun 2005 (akhir). Bawa balik Kuantan. Bermula satu pasu dengan sehelai daun sahaja, akhirnya membiak jadi beberapa pasu. Jiran saya pun saya berikan benihnya sebab banyak sangat.Tapi tak mahu berbunga pun... rasa frust juga tunggu dah 4 tahun.

Jadi saya letakkan di bawah pokok mangga , macam nak biar sahaja. Dan nak kan dia kena teduhan. Akhirnya, kini pasti ku merasai.. bunga yg pertama . Hah macam2 ceritalah ttg bunga bakawali ni, kunun ada tuah la ,ada orang bunian la, katanya berkembang waktu malam sahaja dan akan meletup mengeluarkan debunga .Saya tengok kudup bunga ni seakan2 bunga dragon fruit. Spesis yg sama.

Satu perkara yg saya takjub ialah keadaan bunya tu keluar dari tepi daun bukan dari batang atau tangkai/ranting. Itulah kebesaran Allah s.w.t yg menjadikan tumbuh2an berbagai rupa dan jenis. Berbagai2 kegunaan dan khasiat.

esok saya tengok lagi kut2 boleh 'berjaga' malam nak ambil gambar ketika ianya mekar. Mana tahu kut2 dapat jumpa puteri bunian ker..he he. Dan bakawali berbeza dgn patawali yg pahit dan boleh dibuat ubat. Saya belum jumpa pokok patawali lagi kalau ada saya nak juga tanam.