Showing posts with label anggur-Muscato de hamburgo. Show all posts
Showing posts with label anggur-Muscato de hamburgo. Show all posts

February 17, 2012

Muscato de hamburg kembali bernyawa


Anggur jenis muscato de hamburg ini adakalanya begitu sensitif. Saya perhatikan ianya mudah mengalah bila ada saingan dari pokok lain seperti kacang botol yang memanjat disebelah pokoknya. Sudah tiga kali Muscato hampir mati disebabkan pokok kacang botol hidup segar disebelahnya. Walaupun dibubuh baja dan digemburkan tanah , muscao tetap hidup segan mati tak mahu.agaknya pokok ini "merajuk".

Bulan lepas saya potong pokok kacang botol. Saya pangkas semua daun dan ranting muscat.dan saya curahkan air penggalak akar. Tiba2 selepas 2 minggu hasilnya seperti gambar. saya belum lagi tabur jamu tanah cap Apache, nampaknya pertumbuhan muscato begitu baik, biarlah dulu. Mungkin 2-3 hari lagi saya nak letakkan baja cap apache ni.

July 05, 2009

Muscat Hamburg ku semakin subur..!


Alhamdulillah syukur. Gambar di atas adalah yg terbaharu pada 5 Julai 2009 setelah di alih ke dalam tembok khas he he... tembok tu pun macam nak roboh jer. Maklumlah kontraktor tak bertauliah yg buat. Nak tunggu tukang rumah buat, tak nak dia buat kerja sikit2...Tak perlah tu, harap2 masa banjir nanti dia tak hanyut.
Akhir Mei 2009 yg lalu saya memberanikan diri memotong anggur kesayangan ku ini pada paras 1 kaki dari pangkal spt yg disaran oleh sifu anggur dahulu. Saya tak bubuh apa2 baja takut mati, saya hanya siram sahaja.


Masa tu masih lagi di dalam pasu kecil. Terpaksa diangkut ke KL kerana tuannya bermusafir lebih 2 minggu pada awal Jun.Rupanya anggur ni jenis suka berjalan2 makan angin agaknya.

Sepanjang bermusafir tu , nampaknya pertumbuhannya semakin galak. Tak sangka betul, walaupun tanpa baja. Gambar sebelah ni diambil pada 25 Jun 2009 di Kuantan, selepas balik dari musafir.. elok sahaja daun2nya segar tak diserang white flies (bena putih) yg selalu 'menyakat' pokok anggur saya.Pokok ini bercabang dua dibahagian yg kena potong dan ada satu lagi tunas di bawahnya.

Sekarang ni nampaknya dah selesa dia di tempat baru,di belakang rumah. Kawasan yg kena matahari baik pagi, tengahari atau petang. Saya siram dengan baja bio-one secawan (telah dilarutkan mengikut sukatan). Tak tahulah boleh ke tidak guna baja bio-one ni..apa kata sifu saya?

Best tengok daun2 yg subur begini..cuma apakah langit akan selalu cerah?

Inilah bentuk anggur muscat hamburg dari laman Dolms. Teruja sungguh melihat buahnya. Mudah2an yg di Kuantan nanti dapat buah macam tu...

February 17, 2009

anggur-Muscato de hamburgo



Anggur ini di beli dari en. Dol pada bulan ogos 2008. Setibanya di Kuantan dia masih dibiarkan dalam pasunya supaya dia bermesra dgn alam sekeliling yang agak panas di Kuantan. Daun2nya segar dan kelihatan bersaing dengan white malaga (dalam kenangan).

Kata en Dolms nama anggur ni Muscato de hamburgo (atau muscat hamburg). Asal dari Itali. Buahnya masak warna hitam. Rasa buah lebih manis dari isabela. Susah juga dia nak hidupkan masa mula-
mula dapat dulu. Sekarang ni nampak dah stabil. Saya seronok sangat tengok anggur ni dapat menyesuaikan diri di Kuantan.

Pertumbuhannya memuaskan, saya berikan baja gunung berapi sikit sahaja.Tengoklah gambar sebelah ni, cantik kan? Itu cerita bulan September 2009, kira sebulan di Kuantan.

Pertumbuhan anggur ni cepat. Masuk bulan kedua batangnya sudah memanjang ke 3 kaki daun makin banyak. Tiba pula masa untuk ditinggalkan selama 10 hari (bulan oktober) . Drip air sudah disediakan.. baja tak ditambah.
Balik dari out-station,pokok masih elok. Tak lama lepas tu saya laihkan ke tempat panas, pokok ni mula merajuk. Mungkin juga kerana dialih ke tempat panas.Seperti yg disaran oleh en dolm, saya cuba buang ranting2 yang banyak bercabang untuk memberikan lebih tenaga kepada dahan utama.

Keadaan semakin cemas bila dalam bulan November , daun2 anggur ni dimakan white flies. Saya terpaksa buang hampir semua daun2nya dan pindahkan ke kawasan depan rumah.

Anggur masih dibiarkan dalam pasu, bimbang untuk pindahkan ke tanah. Baja saya hentikan sekejab , takut daunnya semakin gugur kepanasan. Hanya air sahaja yg di siram.. lepas sebulan daun2 baru mula bertunas tetapi dahan utama terlalu kurus..lihat gambar2nya.

Ini gambar2 terkini Februari 2009. Kesiankan tengok anggur ni,lebih kurus dari tuannya... Nak bagi vitamin apa kasi gemuk sikit? dah sebulan tak berbaja tu.. takut kojol macam anggur white malaga.



Menunggu nasehat sifu anggur...

Sifu dah kasi nasehat. Dia suruh potong pokok tu pada ketinggian 1 kaki. Tapi saya yg was2, maklum pokok dah tinggi.