Ada kala daun perlu di keringkan selama 2 hari bergantung kepada cuaca.Bila daun2 kering dan kelihatan seperti rangup serta bertukar warna ke warna coklat, bolehlah diramas untuk mengecilkan daun tersebut .Buangkan bahagian tangkai2 yg keras. Selepas di ramas, daun2 perlu dimasukkan dalam bekas seperti caserol jika ingin di jemur lagi jika perlu. Bila sudah betul2 kering,simpan dalam bekas kedap udara.
Showing posts with label Mulberi. Show all posts
Showing posts with label Mulberi. Show all posts
April 25, 2009
Teh daun mulberi
Ada kala daun perlu di keringkan selama 2 hari bergantung kepada cuaca.Bila daun2 kering dan kelihatan seperti rangup serta bertukar warna ke warna coklat, bolehlah diramas untuk mengecilkan daun tersebut .Buangkan bahagian tangkai2 yg keras. Selepas di ramas, daun2 perlu dimasukkan dalam bekas seperti caserol jika ingin di jemur lagi jika perlu. Bila sudah betul2 kering,simpan dalam bekas kedap udara.
April 21, 2009
Mulberi ku
Kisahnya , pengetahuan saya tentang mulberi ni hampir zero sebelum saya menyertai egroup Taman Flora pada awal 2006 jika tak silap ingatan. Saya sertai egroups Taman Flora tu pun entah dari mana puncanya, takdir penentu segala agaknya. Sekalung terima kasih bunga melati kepada TP (tok penghulu) Taman flora yg banyak memberikan tips2 percuma dan perkongsian maklumat. Sebenarnya TP a.k.a En Mohd Noor selalu masuk majalah berkaitan tanam2an. Majalan Laman dan beberapa majalah lain.
Rakan egroups yg pertama saya temui ialah Kak Roy, kalau tak silap ler, sebab pernah juga pergi rumah TP tengok anggur. Pertama kali tengok buah anggur di Malaysia lah tu. Dari rumah Kak Roy di Simpang Pulai, Perak lah saya ambil keratan2 batang mulberi ni. Itu kisah bulan april 2006, balik dari cameron singgah rumah kak Roy kutip pokok mulberi, hoya (pertama kali juga) dan tengok pokok vanila pemberian TP katanya.
Pokok mulberi ni paling mudah ditanam dan mudah hidup. Ini pengalaman saya kerana saya ni 'tangan panas', pengkojol pokok jer selama ni. Tapi mulberi yg saya bawa ke sana ke mari sementara nak sampai ke Kuantan, nampaknya boleh hidup pula walaupun batangnya dah kering masa tu.
Dah dapat dah resipi buat jem dari TP.InsyaAllah kalau ada semangkuk buah mulberi boleh lah cuba buat jem.
Ini gambar tahun 2006 2 minggu selepas ditanam. Jadi siapa yg mulberinya mampuih tu, kena fikir2lah mana silapnya sebab mulberi memang perlu air sahaja tak perlu bubuh baja masa baru2 tanam. Dan kalau boleh tu jgn kena mentari sgt, sorok bawah sinki pun tak per janji siram.
Ni gambar selepas satu bulan ada buah pulak tu. Tapi lepas tu ada kala dia kena serang si bena putih yg durjana. Biasalah kadang2 dah nak mati pokok tu diserang white flies ni, kita kena buang semua daun yg terjangkit, bakar daun tu. Potong ranting yg rosak, basuh dahannya, dan siram macam biasa, insyaAllah hidup balik
pokok tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)