
Sepohon markisa daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya. Walaupun lambat hampir setahun, akhirnya berbuah gembira rasanya.

Saya dah menuliskan empat entry berkaitan markisa yang ditanam di sekeliling rumah. Yang hidup subur dan sudah berbuah sekarang ialah yang ditanam pada bulan Februari 2010 dari biji benih. Ada lima pokok semuanya. Manakala yang di tanam dari keratan batang semua sudah 'mati beragan' tak dapat diselamatkan lagi. Gambar di atas tu adalah 3 dari 5 biji markisa dari pokok yang sebelum ini hanya mabuk daun.
Akhirnya setelah disungut2 kerana tak berbuah2, akhirnya dia berbuah juga. Dah sampai seru kata orang. 

Bukan semua buah cantik dan sihat. Buah yng mula2 ni berjerawat dan ada yang dimakan ulat. Tapi untungnya markisa ni dikuniakan Allah s.w.t dengan kulit yg agak tebal. Jadi ulat bulu hanya boleh gigit kulit sahaja,isinya masih terpelihara.
Mula berbunga pada bulan disember 2010 dan dapat merasa buah yg ranum pada bulan awal March 2011. Kini 4 dari lima pokok markisa keliling rumah saya semua dah berbuah. Lepas ini mungkin saya akan buat cantasan pula untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.








