Showing posts with label Buah nona. Show all posts
Showing posts with label Buah nona. Show all posts

July 14, 2010

OO begini rasanya..buah nona.


Hari ini pertama kali saya merasa buah nona. Buah dari pokok jiran sebelah yg telah dihalalkan sejak buahnya menghala ke rumah saya. Malah pasunya sengaja didekatkan ke pagar sempadan supaya senang saya petik. emm bukan senang nak dapat jiran yg suka share buah2an dan pokok2 kami pun macam faham pulak. Pokok pisang saya beberapa kali meletok ke rumah jiran sebelah. Pokok jiran pula beberapa kali hijrah ke rumah saya.

Macam mana rasa buah nona ni? sedikit sebanyak bentuk isinya macam buah durian belanda yg saya minat tu. Cuma durian belanda masam, buah nona ni lebih gebu dan lemak.Isinya lembut, baunya sedap wangi tapi macam bau bunga pulak.Kalau cium lama sikit , rasa penin kepala.Ada orang suka sangat buah nona. Yer lah masing2 punya tekak tak sama. Terus terang saya katakan, saya tak berapa berkenan rasanya sebab saya ada pilihan lain iaitu Durian Belanda yg dekat di hati.

Inilah bentuk biji buah nona. Kalau diasingkan biji dengan isi hampir sama banyak. Siapa yg hendak cuba tanam buah nona dari biji.. boleh lah beri alamat kpd saya . Saya boleh poskan 2-3 biji benihnya. Siapa cepat dia dapat. While stock last... :)

July 11, 2010

Buah nona


Ini buah nona jiran sebelah saya. Pandai buah nona ni kerana dia berbuah dua biji, sebiji hala ke rumah tuannya sebiji lagi hala ke rumah saya, reqki. Jiran pun dah halalkan.. tunggu masa ni petik jer.. nak rasa macam mana enaknya.Saya memang cari benih buah nona, tup2 dapat buahnya dari jiran . Nanti bolehlah disemai.

Macam macam khasiat buah nona rupanya. Subhanallah.


BUAH NONA / NONA SERIKAYA - Nama sainsnya Annona squamosa, Famili : Annonaceae Nama Latin : Annona reticulata. Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).

Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah). [Sumber]