Showing posts with label kuini. Show all posts
Showing posts with label kuini. Show all posts

June 11, 2010

Musim kuini datang lagi...


Bulan Jun tahun ni, sudah mula nampak buah kuini dan bacang di sekitar pasar-pasar tani di Kuantan ni. Saya tak lepas peluang membeli walau pun tak makan (rasa sikit jer.. :)).

"Sedapnya kuini kan..." sapa seorang wanita yang tak saya kenali semasa saya membeli kuini di Pasar tani dekat kawasan perumahan saya di Sungai Isap.
"emm.. sakitnya pun sedap gak tu.." saya membalas sinis.
"yer lah, sebab tu saya tak berani beli, bisa badan" jawap wanita itu mengiyakan kata-kata saya.
Saya memilih selonggok RM3. ada 5 biji.
"Kalau orang tak tahan bisa satu badan ni..kawe pun tak berani makan " kata penjual sambil memasukkan kuini ke dalam beg plastik.

Bukan reqki kita nak makan kuini. Reqki mak saya, dia makan tak ada apa2 kesan melainkan sedap tekak. Gumbira tak terkiralah emak saya bila dapat buah kuini. Saya hanya tolong beli dan kupas, sya makan sehiris dua sahaja ,ambil bau sekadar jangan kempunan. Mak saya suka sambal belacan + kuini , sekali lagi saya menahan selera. sabor jer lah.

Agaknya kenapalah kuini ni bisa..??
Sedap tapi hanya boleh dihidu..

May 07, 2009

Macang bukan kuini


Kuini dan macang nampak serupa
Kedua-duanya seperti mangga
Kuini harum sangat baunya
Macang pun tak kurang aromanya

Lihatlah macang, lihatlah kuini
Kalau tak biasa tentu tak diketahui
yang mana macang, yang mana kuini
Buahnya seakan-akan,begitu juga isi

Kuini kulitnya hijau walaupun masak
Macang kulitnya berbintik-bintik
Kuini halus isinya bau semerbak
Macang isinya berserabut sedikit



Macang penyedap sambal belacan
Kerana isinya kemasam-masaman
Sukar dicari dikawasan pekan
semakin pupus ditelan zaman

Sambal macang dihidang bersama hirisan kuini dan ulam pucuk daun mulberi yg sudah dicelur.


Kuini pun boleh dibuat sambal
Sambal ditumbuk bersama kuini
Kuini dan macang tidaklah mahal
Biasanya 2ringgit dapat 3 biji

Kuini dan macang memanglah sedap
Tak cukup sebiji sekali hadap
Janganlah pula terlalu lahap
banyak makan penyakit hinggap

Macang dan kuini bermusim buahnya
ada kalanya semusim keduanya
setahun sekali kita jumpa
di pasar tani atau di pasar FAMA



Kuini sedap disira santan
Santan dicampur sedikit garam
Bertambah sedap jika disejukkan
Manis rasanya jangan diperam

Bagi yang tak pernah merasa
baik macang mahupun kuini
cubalah sekali memakannya
bezakan rasa kedua buah ini.

Berbagai jenis buah-buahan
Bermacam rasa Allah jadikan
Bersyukur kita dapat makan
berbagai jenis buah tempatan