May 07, 2009

Macang bukan kuini


Kuini dan macang nampak serupa
Kedua-duanya seperti mangga
Kuini harum sangat baunya
Macang pun tak kurang aromanya

Lihatlah macang, lihatlah kuini
Kalau tak biasa tentu tak diketahui
yang mana macang, yang mana kuini
Buahnya seakan-akan,begitu juga isi

Kuini kulitnya hijau walaupun masak
Macang kulitnya berbintik-bintik
Kuini halus isinya bau semerbak
Macang isinya berserabut sedikit



Macang penyedap sambal belacan
Kerana isinya kemasam-masaman
Sukar dicari dikawasan pekan
semakin pupus ditelan zaman

Sambal macang dihidang bersama hirisan kuini dan ulam pucuk daun mulberi yg sudah dicelur.


Kuini pun boleh dibuat sambal
Sambal ditumbuk bersama kuini
Kuini dan macang tidaklah mahal
Biasanya 2ringgit dapat 3 biji

Kuini dan macang memanglah sedap
Tak cukup sebiji sekali hadap
Janganlah pula terlalu lahap
banyak makan penyakit hinggap

Macang dan kuini bermusim buahnya
ada kalanya semusim keduanya
setahun sekali kita jumpa
di pasar tani atau di pasar FAMA



Kuini sedap disira santan
Santan dicampur sedikit garam
Bertambah sedap jika disejukkan
Manis rasanya jangan diperam

Bagi yang tak pernah merasa
baik macang mahupun kuini
cubalah sekali memakannya
bezakan rasa kedua buah ini.

Berbagai jenis buah-buahan
Bermacam rasa Allah jadikan
Bersyukur kita dapat makan
berbagai jenis buah tempatan

3 comments:

Kahar jalil said...

Teringat semasa kecil dahulu arwah ayah sering menyediakan kuini disira santan kegemarannya untuk hidangan berbuka puasa..hik..hik

la_abwa said...

Memang lah sedap lepas tu mengidap... Kuini ni rasanya berasid sikit.

Macang pulak di sebuat bacang, tak tau mana satu betui.

budakbaik said...

buah bacang,buah kuini,buah macang,buah mangga bentuk seakan2..tapi rasa tetap xsama..buah bacang perkena nasi panas 2..sedap 2..ade gulai kew,..kari kew..sodap..