Showing posts with label Hoya. Show all posts
Showing posts with label Hoya. Show all posts

February 29, 2012

hoya bella -bunga israel?



Hajat saya cuma nak upload gambar terbaharu hya jenis Bella yg dah begitu lama merajuk. Baru beberapa hari ni dia menegmbang penuh, walaupun warnanya tidak seputih seperti mula2 dibeli tapi cukuplah sebagai penawar rindu kepada bunga exotic yang dah lama tak muncul, hampur 5 tahun tak berbunga dan hampir pupus. Apa lagi snap la satu posing untuk dimuatkan dalam blog.

Sambil tu saya seacrh di internet untuk memastikan jenis hoya ini...Bella. Wah terkejut saya melihat satu photo yang seakan sama dengan photo saya tertulis pada gambar tersebut itu flowerinisrael -klik di sini


oh bunga di israel rupanya..tak perlah di mana2 muka bumi ini milik Allah s.w.t juga. tak payah pergi Israel boleh jumpa bunga yang sama di Malaysia.

February 24, 2009

Hoya berbunga kembali



Bila tiba masanya berbunga lah dia, berkat disiram dan dibubuh baja bunga.

Bila dah berbunga lebat pulak tu. Satu pasu sampai 7-10 kuntum.


Cuma terkilan bunga hoya warna putih dah tak keluar. semua pasu dah tukar kaler.. jadi maroon semuanya. Pelik lah. dulu ada warna putih.

Kenangan, hoya dalam pasu yang sama pada 10 Julai 2008. Agaknya pasu ini ada 'ong' ,biak pulak bunganya.

January 28, 2009

Hoya Januari 2009

gambar pada 5 januari 2009

yang ini pula diambil pada 28 Januari 2009. Belum menampakkan tanda2 nak berbunga. Mungkin berehat dulu.Tak cukup pasu, sabut kelapa pun boleh dijadikan tempat bertenggek hoya....

inovatif lah kunun. Sebenarnya nak tengok petumbuhannya macam mana, sesuai atau tidak ditanam dalam sabut kelapa macam orkid.


Hoya lebih sesuai digantung...tapi bertali.

January 02, 2009

koleksi gambar hoya

Gambar2 ini adalah gambar kenangan hoya saya yang mula ditanam pertengahan 2006. Masa tu hanya ada dua pokok sahaja di rumah . satu warna maroon satu pasu lagi ada dua kaler, maroon dan putih.

Ini lah koleksi gambar hoya saya tahun 2007 sebenarnya. Masa tu hoya2 ni semuanya mabuk bunga, satu pasu sampai 10 kuntum sekali berbunga. Yg best tu pasu yg ini ada dua warna bunganya. Putih dan maroon.


Gambar ini sangat jelas. Ia menghampiri warna hoya yg sebenar (real), cantik warna maroonnya. Ia ada sedikit bau manis. Bunganya bertahan lebih kurang 2-3 minggu sebelum gugur. Pokok hoya ni tak ada buah sekadar bunga seperti orkid.

July 09, 2008

Hoya


Ini adalah Hoya dari jenis carnosa. Ada beberapa jeniis hoya lagi yang popular di Malaysia seperti bella. Hoya hidup dalam tanah biasa dan merupakan tumbuhan yg berasal dari hutan, Ianya seperti anggerik hutan yang melekat di pokok hutan yang tinggi dan kini menjadi kegemaran ramai penggemar bunga. Di Kuantan ada yang memanggilnya bunga berlian kerana bentuk bunganya seperti belian yang agak berat. Bunga ini kalau dicium baunya wangi dan manis tetapi tidak semerbak. Ia kerap berbunga dan mudah hidup. Gambar di atas diambil pada 9 Julai 2008.
Ini gambar close-up hoya carnosa diambil pada september 2006.

Kini semua hoya yang dibeli pada tahun 2006 telah dikembang biakkan menjadi beberapa pasu tetapi bunga bella yang asalnya putih berinti merah jambu telah bertukar menjadi warna merah jambu yang kusam. Mungkin saya kena tukar tanah.
Gambar ini juga diambil pada bulan september 2006. Hoya bella ini dibeli di Ipoh pada awal 2006.
Ini gambar Hoya carnosa dan bella dalam satu pasu pada tahun 2006. Kini hoya yg diletakkan dalam satu pasu (campur) merajuk tak mahu berbunga. Hoya juga ada penyakit. Kadang2 daunnya menjadi kekuningan dan berkarat. Saya tak tahu apa ubatnya, tetapi saya biarkan sahaja dan terus di siram akhirnya dia elok sendiri.. pande2 ko le nak idup :)