January 02, 2009

koleksi gambar hoya

Gambar2 ini adalah gambar kenangan hoya saya yang mula ditanam pertengahan 2006. Masa tu hanya ada dua pokok sahaja di rumah . satu warna maroon satu pasu lagi ada dua kaler, maroon dan putih.

Ini lah koleksi gambar hoya saya tahun 2007 sebenarnya. Masa tu hoya2 ni semuanya mabuk bunga, satu pasu sampai 10 kuntum sekali berbunga. Yg best tu pasu yg ini ada dua warna bunganya. Putih dan maroon.


Gambar ini sangat jelas. Ia menghampiri warna hoya yg sebenar (real), cantik warna maroonnya. Ia ada sedikit bau manis. Bunganya bertahan lebih kurang 2-3 minggu sebelum gugur. Pokok hoya ni tak ada buah sekadar bunga seperti orkid.

No comments: