April 28, 2010

Markisa dah besar..


Inilah gambar markisa yg saya letakkan sebelah menyebelah. Yg dalam pasu merah adalah markisa dari keratan batang pemberian en.arifin pada 26/2/2010. dan yg dalam pasu hijau adalah markisa benih ipoh yg saya semai dari biji pada akhir Januari 2010.

Nampaknya sekarang ni pertumbuhan dari biji benih jauh lebih cepat dari pertumbuhan dari keratan batang. Daunnya lebih hijau dari yg ditanam dari keratan batang dan lebih besar. Baja yg diberikan sama sahaja iaitu baja tahi ayam.


Hari ini (28/4/10) dah saya alih ke tanah dan sudah dibuatkan dawai untuk markisa tu panjat. Mula2 ni kita bantu dia memanjat..:).

4 comments:

Iskandar Abdul Rashid said...

Macamana perkembangan markisa yg ditanam? Saya tertunggu gambar terkini. Adakah ia telah menghasilkan buah? Saya ada juga tanam, tapi dibeli yang dah berbuah. Lepas petik buah yang sedia ada ketika beli, dah tidak berbuah lagi. Bunga yang tumbuh tidak lekat. :(

http://tanamsendiri.blogspot.com

la_abwa said...

Sekarang markisa saya sudah menjalar beberapa meter dan uratnya dah sebesar 1/2 in diameter.
Dah berbunga tunggu berbuah.

Tapi yg menjadi ialah yg ditaman dari biji. yg ditanam dari kerana batang hanya sepokok sahaj hidup itupun tak sebiak yang ditanam dari biji. Dari biji awalnya lembab, sesudah 6 bulan dia membiak cepat sekali.

gambar belum dapat di upload, sibuk sikit. Inipun masuk kejab ke blog.

Iskandar Abdul Rashid said...

Cuba gunakan perut ikan yang dikisar (blend) dan cairkan dengan ditambah air. Siram 2 kali seminggu. Saya cuba dngan pokok yang saya tanam. Selepas seminggu banyak bunga berputik. Alhamdulillah pokok yang saya tanam berbunga selepas seminggu disiram baja ni. Sekarang dah berbuah.

http://tanamsendiri.blogspot.com

noor sheha said...

mcm mana dengan serangga perosak yang blh merosakkan buah markisar n kalo buah markisa diserang serangga perosak racun apa yang sesuai.baja ape yang paling sesuai untuk buah markisa adakah buah markisar lebih elok ditanam dengan kaedah penanaman lain