April 17, 2009

Nenas johor, nenas madu


Ini dia nenas yang sudah dipetik pada hari Jumaat 17 april 2009. Ianya sudah masak, pangkal buahnya sudah kuning separuh. Kali ini saya benar2 mengukur saiznya, tinggi 6.5in dan ukuran 'pinggang'nya ialah 17.5 in .Terkejut juga bila dirasa, sungguh sedap dan manis sampai ke telinga. Saya sebenarnya tak pasti jenis nenas ni, ada orang kata nenas Johor tetapi bila rasanya tersangat manis, lebih sesuai dinamakan nenas madu agaknya. Sebahagian nenas ni saya buat gulai lemak cili api, waduh sedapnya!

Jadi mengikut catatan saya mulai 17 Januari 2009 hingga dipetik pada 17 April 2009, nenas mengambil masa kira 3bulan untuk matang. Jambul nanas ni akan saya tanam semula secepat mungkin dan akan dicatatkan pula perkembangannya. Sementara pokok asalnya akan saya biarkan begitu sahaja. Kata jiran saya, sulur baru akan tumbuh. Entahlah saya masih belajar...

Ini gambar pada hari Rabu 15 april 2009. Saya bercadang nak memetiknya pada hari Jumaat nanti. Bukan apa, nak pastikan ianya benar2 masak . Tapi dalam hati ada kebimbangan , takut sang musang mencium dan menggigitnya terlebih dahulu. Emak saya dah 'bising' suruh petik. Sabar...sabar.

Ini gambar pada 1 april 2009.Tak sangka pula ianya spesis nenas johor yg bersaiz besar.Sekarang ni saiz diameternya lebih kurang 7 inci. Lain kali lah saya bawa tali pengukur, nak ukur pinggangnya berapa inci . Sudah begitu dewasa tetapi belum memiliki ciri2 'boleh dipetik' . Masih boleh dibiarkan membesar lagi. Saiz pada ketika ini ialah kira2 7 inci secara rentas. Kulitnya masih berwarna ungu kehitaman.


Gambar atas ialah tumbesaran nenas ini pada 23 Mac 2009. Nampaknya cepat juga ianya membesar. Sudah bertukar warna kulit kepada kehitaman dan agak tebal. Saiz ukur rentas (diameter) kira2 5inci .

Ini gambar pada 24 Februari 2009. Nampak tumbesaran yg ketara. Banyak perubahan berbanding sebulan yang lalu.

Ini lah gambar nenas johor di ambil pada 17 Januari 2009. Saiz sebenar buah nenas ketika itu ialah kira 3in diameter shj.

Bentuknya nampak pelik kerana ada bunga2 kecil berwarna ungu di celah-celah 'lubang hidungnya'.Nenas ini sebenarnya telah di taman awal tahun 2008 lagi... tanam dari jambul nenas. Agaknya sebab tu lambat berbuah atau kerana jenis tanah yg tak begitu sesuai. Nenas sesuai dengan tanah gambut.. di Kuantan tak ada tanah jenis tu, setahu saya.

4 comments:

Bawang Goreng said...

Kalau manis sampai ke telinga tu, nenas 'Josephine' kut...? Sebiji RM2.00-3.50. Kecik molek je rupanya. Saya boleh bantai sebijik nenas nih, lidah tak 'gatal' pun. Kalau nenas biasa, mmg tak termakan, sepotong aje dah 'gatal' lidah dibuatnya.

Orang kata nenas tajam, sepupu saya minum sesudu kuah jelatah terus sakit perut, tak lama lepas tu pendarahan. Saya pernah makan sebiji nenas Josphine, masa tu mengandung 4 minggu (tak perasan)... alhamdulillah, takde mudharat pulak. Agaknya makan nenas boleh gugur itu satu mitos... atau mungkin 'rezeki' saya kuat...?

la_abwa said...

tengok gambar kat google nenes josephine tu bentuk dia bujur, spesis lain ler tu. nenas ni specialnya daunnya tak ada duri..lebih tebal dari nenas biasa (meru) :)

nenas yg org makan untuk gugurkan kandungan tu setahu saya ialah yg putik,yg macam gambar 17 jan 2009 tu.

nenas ni bg pesakit kencing manis bisa sgt ler... saya pun bisa juga tapi dah lalu kat tekak dah, ada sebiji lagi tu sebulan lagi masak kut...

Anonymous said...

Saya ada sejenis nenas (tak tahu nama apa)kecil je. Isteri tanam dalam pasu utk hiasan. Pokok, buah daun 100% sama nenas biasa tapi saiznya kecil. Buah bila masak warna kulit kuning putih, besarnya saiz bola golf je. Kata orang boleh buat ubat, tapi tak tahu ubat ape....rasanya tak pernah cuba..

la_abwa said...

Saya pun dulu ada tanam nenas kenit tu. memng ada orang kata boleh buat ubat kencing manis. Macam mana nak makan tak tahu lah.. kalau nak buat ubat tentu kena banyak. nenas tu pula bukan senang nak hidup....

kawan saya sakit kencing manis tak mahu makan sebab katanya mungkin kena makan 2-3 biji seminggu sekali. Tak kan sekali makan dah boleh pulih. mana nak cari banyak2..