April 03, 2009

Ini dia mencepu a.k.a ceghopu




Akhirnya dapat juga saya melihat dan merasa buah mencepu.Buah mencepu ini adalah buah tradisi yang banyak di Negeri Pahang. Rakan saya membeli buah ini dan mengenalkan kepada saya. Sememangnya pernah saya nyatakan hasrat nak merasa buah mencepu yang jarang2 didapati di pasar tani. Kalau ada pun mungkin tak kenal.


Buah ini rakan saya beli di Pasar tani Temerloh semasa kami berjalan-jalan sempena cuti sekolah Mac lalu. Kulitnya seperti mempelam sawah, lebih tebal dari kulit tomato tetapi lebih nipis dari kulit buah setoi.

Nak tahu rasanya kenalah rasa sendiri baru puas hati. Tapi bagi saya memang unik rasanya.Bentuknya isinya macam manggis, warna macam mangga. Rasanya masam2 manis. Rasa manggis + mangga . Two in one gitu. Kata orang tempatan sedap dimasukkan dalam sambal belacan. Buah ni berbeza dari manggis kerana lebih masamnya. Ia berbeza dari mangga kerana isinya lebih lembut tak boleh dipotong seperti mangga. Ia bergetah, getahnya berwarna putih seperti susu cair dan melekit.Mungkin buah ini tidak sesuai untuk mereka yang mengidap asma/lelah kerana getah itu boleh mengakibatkan alergy.Allahuaklam.


Di Perak buah ni disebut ceghopu. Hajat saya nak menyemai benihnya tak kesampaian kerana semua biji mencepu yang saya rendam untuk mengeluarkan akan tunas, telah dibuat mainan dan digigit2 oleh tikus tanah. Memang tikus tu pendengki...pokok kaktus jiran saya pun dimakannya. Tak apalah mungkin lain kali saya semai benihnya dalam rumah terlebih dulu.. insyaAllah.

6 comments:

jueju said...

masa zaman budak2 dulu, pernah jugak la saya makan buah mencepu nih...mak beli di pekan sari, raub..tak ingat dah rasa nyer..mak kata, cara nak mengupas kulit nyer ialah dengan membuka 'butang' nyer terlebih dahulu..'butang' yg mak saya maksudkan itu ialah titik hitam di bahagian bawah buah tersebut...
skarang nih, di rumah ayah mertua di temerloh ada pokok buah mencepu, tp belum sempat nk tengok buah nyer lagi...

la_abwa said...

Khabarnya pokok mencepu ni pokok yg tahan lasak boleh dipanjat2 tak patah dahannya. Pokoknya rendang macam pokok adsam gelugur agaknya.

Saya dah tahu dah mana buitang yg jeuju maksudkan tu... Tq for sharing. Saya cuba tanam dari biji tak jadi.. kalau jadi pun nak tanam kat mana yer..:)

Salim said...

saya pernah ke satu kampung di Temerloh suatu ketika dulu,teringat ada seorang makcik kat situ ada memantun tentang buah mencepu ni;"Buah mencepu masak meranum,
hendak di makan di bulan puasa,
aku melihat wajah tersenyum,
hendak menegur tidak biasa."

la_abwa said...

Salam,

t'kasih salaim atas pantun orang temerluh. org lama mmg suka berpantun. Saya nak balas pun tak brp pandai.

Buah mencepu masam rasanya
warna oren macam tomato
sudah ku cari tak jumpa pokoknya
siapa berjumpa hantarlah gambo

dariana said...

di kelantan kami panggil buah ni BUAH KECUPU atau CCUPU. buah yang masih putik, masam sedap dibuat sambal, sedikit pedas makan dengan nasi.

emiey fiza said...

Saya penah makan buah mencepu ni mase kecik²...skrg ni makin payah nk jumpe..kt mane ye nk cari buah ni...