April 05, 2011

Markisa sudah merasa buahnya...


Sepohon markisa daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya. Walaupun lambat hampir setahun, akhirnya berbuah gembira rasanya.

Saya dah menuliskan empat entry berkaitan markisa yang ditanam di sekeliling rumah. Yang hidup subur dan sudah berbuah sekarang ialah yang ditanam pada bulan Februari 2010 dari biji benih. Ada lima pokok semuanya. Manakala yang di tanam dari keratan batang semua sudah 'mati beragan' tak dapat diselamatkan lagi. Gambar di atas tu adalah 3 dari 5 biji markisa dari pokok yang sebelum ini hanya mabuk daun.

Akhirnya setelah disungut2 kerana tak berbuah2, akhirnya dia berbuah juga. Dah sampai seru kata orang.


Bukan semua buah cantik dan sihat. Buah yng mula2 ni berjerawat dan ada yang dimakan ulat. Tapi untungnya markisa ni dikuniakan Allah s.w.t dengan kulit yg agak tebal. Jadi ulat bulu hanya boleh gigit kulit sahaja,isinya masih terpelihara.

Mula berbunga pada bulan disember 2010 dan dapat merasa buah yg ranum pada bulan awal March 2011. Kini 4 dari lima pokok markisa keliling rumah saya semua dah berbuah. Lepas ini mungkin saya akan buat cantasan pula untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.

March 15, 2011

Daun ketumbar Vs daun sup @celery


Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai diantara kita yang keliru yang mana daun ketumbar yang mana daun sup atau daun celery. Sekali imbas nampak macam sama, tapi tentu tak serupa. Macam daun kunyit dengan daun temu. Macam daun kaduk dengan daun sirih, sama tapi tak serupa. Serupa tapi tak sama. Isy berbelit2 pula.

Ya mari kita lihat apa bezanya, bagaimana pula persamaannya.Daun ketumbar ,pokoknya lebih keras dari daun sup dan lebih pendek.
Bau daun ketumbar lebih kuat aromanya berbanding daun sup.
Daun ketumbar lebih kecil dan lebat.
Biasanya Daun sup digandingkan dengan daun bawang tetapi daun ketumbar sendirian sahaja.

Apa pula persamaannya?
Daun sup dan daun ketumbar , digunakan untuk mendatangkan aroma wangi bagi sup. Biasanya jika sup ditambahkan dengan rempah sup, daun ketumbar lebih sesuai.Umpamanya sup kambing, sup tulang dll. Jika sup tersebut hanya sup sayur yg tidak ditambah bahan rempah, biasanya daun sup digunakan sebagai penambah aroma.Bagi mendapatkan aroma yg sedap dan segar pada nasi briani, daun ketumbar yang digandingkan dengan daun pudina akan menghasilkan bau yang amat menyelerakan.

Di Malaysia , daun sup lebih popular berbanding daun ketumbar. Daun ketumbar lebih diminati oleh kaum India/mamak dan harga daun ketumbar lebih murah.Saya tak pasti sama ada daun ketumbar boleh ditanam menggunakan biji rempah yang biasa kita buat kari atau tidak. InsyaAllah saya akan cuba menanamnya.Setakat ini saya dah cuba guna daun ketumbar untuk mengharumakan sup ayam, wah memang berbeza. Aromanya semerbak dan begitu menyelerakan. Anda yg belum mencuba, silakanlah mencuba.Rasailah perbezaannya!

March 06, 2011

Komboi


KOMBOI? Pelik namanya. Saya panggil komboi, masa kecik2 dulu suka makan komboi ni. Dulu2 mana ada pemarut kelapa, kita beli kelapa tua , bawa balik belah...pastu mak umpil isinya dan parut dengan pemarut tangan atau pengukur kelapa (kayu yg kita duduk atasnya. Saya ingat masa kecik ada juga saya cuba2 main pengukur ni, memang tak ada kelapa yg terkukur, sebaliknya pengukur tu yang berjalan :)

Selalunya bila kelapa di belah dgn parang kami adik beradik tunggu. Kalau didalamnya ada komboi ni, hah sah berebutlah kami. Sedap di makan begitu saja...kadang2 komboi ni beso kadang2 kecik. Yg kecik lebih padat dan lebih sedap. Komboi yg beso ni isinya melopong sikit..dan berair.

Mungkin lain dearah lain panggilan bagi 'buah' dalam buah kelapa ni. Ada yg panggil buntat, tombong dan apa lagi?


Mungkin dalam 10 kelapa tua kat atas tu , ada berapa kelapa yg ada komboi didalamnya? tak dapat kita nak teka. Kupas dulu,belah baru tau. Tapi seronok sekarang ni harga kelapa dah naik, kalau saiz besar antara Rm1.50-Rm1.80. yg paling kecil Rm0.50. Saiz macam buah kelapa kat atas tu sekitar RM1. Lumayan.

Memang berbaloi tanam kelapa. 3 tahun dah berbuah, kelapa muda pun mahal, santan kelapa pun naik harga , kerisik pun ada harga. Jom le kita pakat tanam kelapa. Tengok kelapa saya ni, sejak 2007 macam tulah banyak buahnya. Sentiasa banyak buahnya, kelapa mawar namanya.


March 02, 2011

Semanis White Malaga..



Akhirnya kini pasti ku merasai...buah yang manis. Hah ini baru betul semalam (2/3/2011) ku petik sebiji, anggur yang diidam-idamkan,sejak mula berputik awal Desember 2010, kini buahnya manis walaupun saiz buahnya kecil tak seperti di ladang Saloma vineyard itew, hu hu.

Kronologi hayat white malaga di rumahku-Kuantan.

Ini adalah anggur jenis white malaga kali ke-2 di beli dari Saloma vineyard.Kali pertama beli jenis ini pada bulan Ogos 2008, menemui ajalnya beberapa bulan setelah dipindahkan ke tanah Kuantan. Mungkin juga kerana selalu sangat ditinggalkan, maklum kalau pokok dibubuh baja lepas tu ditinggalkan tak bersiram , memang kojol. Lalu kali kedua beli pada bulan februari 2009. Dapat diskaun sikit, siap beli tanahnya sekali. Kali ini tawakkal sahaja, letak dalam 'flower planter' yg digunakan untuk tanam white malaga yg dah kojol dulu tu. Nampaknya elok pulak pertambuhannya pada tahun pertama (2009). Masuk tahun ke-dua (2010) dia mula buat ragam.


Kadang2 daunnya banyak kadang2 diserang hama kuning begitulah hingga akhirnya saya biarkan sahaja. Tak ada baja cuma siram bila rajin. Kadang2 saya bercakap2 dengan anggur ni, "engkau nak hidup hidup la.. maleh nak layan". Anggur tu pun hiduplah cara dia, tapi nampaknya dia semakin galak daunnya lebih kecil tetapi urat dahannya semakin panjang berjela-jela . Mula2 saya sangkut pada dawai, bila dia melililt ke pokok mangga saya pun tarik dan sanggulkan mcm gambar sebelah, tapi tak ada tanda2 nak berbuah.

Pada suatu hari awal disember 2010, saya terlihat ada biji2 kecil tersangkut dekat daun white malaga yg baru tumbuh. Hairan tapi exited. Saya belek2, eh yer kut buah anggur. Rasa2 macam tak percaya. Pertama kerana memang dah patah hati, kedua kerana ianya tumbuh dekat daun baru. Macam mana dia ni nak besar sedangkan rantingnya pun masih muda , fikir saya. Biarlah dia, kalau betul ianya anggur , nanti kita lihat lepas saya balik dari KL . Balik KL2 minggu, mesyuarat punya pasal. Waktu tu memang musim hujan jadi tak kesah kalau tak siram pun.

Sahlah, tak syak lagi, memang berbuah yahooo....



Balik dari Kl pada 22 Disember, sebelum masuk rumah intai dulu anggur ni. Yup, memang betui2 berbuah, bukan cobaan lagi ni . Betui2 jadi.Seisi keluarga, jiran tetangga , sahabat handai jauh dan dekat diberitahu sama ada melalaui lisan dan SMS. Gumbiranya.. keh keh macam dapat loteri . (tapi tak pernah beli loteri ). Gumbira sebab selama ni ramai yg perli, buang duit, buang masa, beli jerlah kat kedai , Rm100 tu berkilo2 boleh dapat , kata depa. Mujur tak panggil akhbar Sinar buat liputan :)

Dua minggu lepas, rasa anggur ni masam macam buah cermai. Saya cadang nak letak baja folia untuk maniskan buah. Semalam, cuba petik satu biji walaupun sayang sangat, wow.. tu dia manis dah. Tak payah baja. Semanis white malaga... cayalah , lepas ni sapa nak beli anggur.. jom pakat pi Setiawan, beli dari Saloma vineyard. Caya la..walaupun saiz anggur tidak mencapai 35mm, hanya 20mm sahaja, kira ok la sebab tak jaga.

lepas ni saya nak jaga betul2...sekarang pun daunnya dah naik balik.Alhamdulillah, InsyaAllah, insyaAllah insyaAllah I'll find the way.. to grow the grape, the fruit of the heaven. Kah kah...siapa lagi nak perli2 saya lepas ni,ada brani?
p/s sedihnya tengahhari ini (khamis 3 mac 2011-hanya tinggal satu gugusan sahaja, yg lain di makan burung. Redho, dah rezki depa, lagi pun saya yg salah tak balut dgn plastik.

February 28, 2011

Markisa: Dari bunga menjadi buah


Bunga yang kembang mekar begini, bukan jaminan buah akan manjadi. Sebaliknya banyak pula bunga yg gugur sebelum berkembang dan gugur selepas berkembang. Kali pertama pokok markisa saya berbunga, bunganya amat lebat. Gumbira hati tidak terkata . harapannya nanti banyak lah buahnya. Dapatlah jiran2 turut merasa. Rupanya,bagai bidalan mendung tak semestinya hujan. Banyak kuntum mekar yg gugur ke bumi (yer la tak kan gugur ke langit).


Hasil interaksi dengan rakan2 di egroups Taman Flora, TP memberikan tips pendebungaan. Alhamdulillah menjadi, walaupun hanya beberapa biji sahaja yg jadi. Caranya ialah
1-ambil cotton bud (pengorek telinga), sapukan pada debunga berwarna kuning. Sapu selagi ada.
2- gugurkan (goncang dan ketuk2 sikit) cotton bud tersebut supaya debunga kuning jatuh ke bahgian tengah (ladam kuda).Biarkan.
Hasilnya esoknya, kuntum bunga tadi menguncup. Saya buat waktu petang esok paginya dah menguncup. Ia kuncup selama 3 hari. [Kalau bunga rendah boleh lah buat.., kalau atas bumbung tak dapat nak tolong]

Selepas 3 hari , putik buah mula kelihatan. Seronoknya....
subahnallah. Gembira melihat kejadian Alah s.w.t yang amat unik ini.Setiap hari ku intai buah putik ini.Bila nak besar, tak sabar sabar..

Tiga hari kemudiannya putik telah semakin besar. Masa ni dah sesuai untuk dibalut.


Dah balu tu, tunggu lah ia betul2 besar dan masak . Lebih kurang 2 bulan, kalau tak masak lagi dah petik ,masam sangat ler rasanya. Kalau lama sangat , takut reqki mahluk lain pulak. Tunggu jangan tak tunggu. Marisa yg ditunjuk ini , disebelah kanan rumah. Baru 2 biji jadi buah... warnanya kulitnya putih kuning.

November 14, 2010

Pisang yg prihatin



Pisang adalah antara pokok buah2an yg serasi dengan saya. Dalam banyak2 pokok ,pokok pisang yg paling mudah hidup dan subur. Walaupun ada beberapa jenis pisang yg tak rasi (kojol) dengan saya seperti pisang tanduk dan pisang emas, namum pisang batu (seakan pisang abu) dan pisang awak nampaknya tak berhenti berbuah.

Sekarang ni ada 5 pokok yg sedang berbuah serentak tetapi tempoh matangnya berbeza. bermakna setiap bulan atau minggu pasti ada pisang yg boleh ditebang. Yang jadi masalah biasanya ialah untuk menebang pokok ini kerana pokok pisang batu ini tinggi separas bumbung rumah.



Saya sudah belajar bagaimana nak tebang pokok pisang tanpa meruntuhkannya. Seorang maid indon sudah menunjukkan caranya. Mudah sahaja, kita hanya perlu cantas batang pisang pada ketinggian paras bahu tetapi jgn dicantas putus. Cantas separuh/sesuku sahaja supaya bahagian atasnya (yg ada pisangnyaa) akan terkulai perlahan2 ke bawah dan mudahlah kita memotong tandannya.



Hari ini pula, salah satu pokok pisang yang sudah matang tiba2 rukuk dihadapan saya ketika saya keluar untuk meninjau laman. Saya pun menammbat daun pisang ke arah pokok mambu , cadangnya supaya pokok tu tidak rebah terus dan saya mahu pisang masak dipokok. Petangnya, pokok tu sudah pun terbaring, agaknya tak mampu menampung berat buahnya yg ada 8 sisir. Jadi terpaksalah saya memotong tandannya (guna gergaji kecil) dan menyisirnya .Sedap juga kalau dibuat kerepek , buat juadah Eidul adha. Itu pun kalau rajin la , rasanya tidak kut. Lagipun pisang ni ramai peminatnya,jiran2 pun suka, sedap rasanya.

Begitulah kisah pisang yg prihatin dengan tuannya. Harap2 pisang yg lain pun akan mengikut teladan yg ditunjukkan oleh pisang ini, tak lah susah2 saya nak tebang :)