August 18, 2011

Teknik petik kelapa muda yg tinggi pokoknya


Bila pokok kelapa dah tinggi, satu masalah yg sering dihadapi ialah untuk memetik buahnya. Di tahun pertama pembuahan, buah kelapa boleh dipetik dihujung jari sahaja. Setelah empat tahun berbuah, pokoknya sudah lebih tinggi dari bumbung rumah

Tips yg nak saya kongsikan ialah pengunaan tali nylon sepanjang 4-5 meter.
Cara pertama ialah menggunakan tali untuk menarik buah yg sudah tua dan tinggi.
Belit dan ikat tali pada pangkal tandan kelapa. Untuk membelitkan tali kena guna galah panjang. Hujung tali terlebih dahulu diikat dengan kayu/ batu sederhana besarnya supaya mudah tali dijolok ketangkai kelapa. Bila sudah terbelit tarik hujung kayu supaya kita boleh pegang dua2 hujung tali. Anda seorang atau berdua boleh mula menarik tandan tadi dengan gerakan serentak.. satu, dua tiga.... yah, setandan tergolek ke bawah. Pastikan cara ini untuk ambil kelapa tua.. yg tandannya mudah tanggal dari dahan. Kaedah ini boleh dan sesuai dibuat oleh kaum wanita secara berkumpulan, satu aktiviti yg santai dan menggembirakan!

oh ya sebelum menarik tandan kelpa pastikan dibawah tandan ini tiada pelepah kelapa. Jika ada, tarik pelepah kelapa itu dulu dengan kaedah yg sama!




Tips kedua ialah menggunakan tali nylon juga, iaitu untuk mengelak buah muda jatuh terhempas. Tali diguna untuk mengikat tandan kelapa dibahagian tengah, kemudian tali disusupkan ke pelepah kelapa yg berada di atas darni tanda yg hendak dipotong. Hujung tali kemudiannya ditambat pada pokok atau pada pagar secara longgar sekadar panjangnya tak mencecah bumi. Bila tangkai kelapa ditebang, tali ini akan menahan setandan kelapa jatuh terhempas dan buahnya berselerakan terguling.Kaedah ini memerlukan mereka yg mahir memanjat dan menebang.Ini kerja orang lelaki....orang perempuan jangan buat no...jangan duk panjat pokok kelapa, satgi kelapa tak jatuh kita yg jatuh.

4 comments:

jimi4570 said...

saya pernah tengok pemetik kelapa muda mengambil kelapa muda... caranya ialah meletakkan/campak guni yang berisi sabut kelapa di tempat tandan kelapa muda tu jatuh, jadi sorang kait sorang akan baling guni yg berisi sabut tu sebelum kelapa ni mencecah tanah...

la_abwa said...

jenuh gak gitu, kena 2 orang buat kerja. Klau pakai tali ni sorang cukup.

Unknown said...

Mcm mane nk tahu buah kelapa muda tu dah sampai masa untuk dipetik?

la_abwa said...

Ahmad ikmal,

saya pun x pakar. Biasa tyr and error jer.

kalau saya, saya tengok bahagian bawah buah (bertentang dgn tangkai). Bahagian ini akan lebih lebar mcm belon la. Belon kalau masa baru tiup tentu kecut sikit hujung, bila tiup lebih bahgian bawah akan gemuk sikit tak runcing.