November 08, 2011

Sabut Petola

Sabut petola secara tradisinya diguna sebagai pencuci pinggan, berus badan dan barangan kraf. Sudah lama saya menggunanya tetapi masalahnya ianya agak sukar ditemui. Sekali sekala dijual di pasar-pasar tani secara kecil-kecilan. Harganya tak mahal sekitar RM-RM2 bergantung kepada saiznya. Kepada yg kreatif tentu sabut petola ini dapat menjadi hiasan disamping bunga-bunga kering yg lain.




Kini tak jadi masalah. Di rumah kakak saya di Ipoh sudah pun ditaman pokok petola ini yg mana ianya jenis petola yg bulat licin kulitnya, rasanya masih rasa petola. Bezanya, petola biasa yg dijual di pasar2 bentuknya bersegi dan berwarna hijau gelap. Petola sabut ini warnanya cerah macam warna labu air.Buah mudanya boleh dibuat sayur bila dah tua renta dan dibiarkan kering, sabutnya pula yg berguna.


Buah tua dan dibiarkan keperangan begini, ia sudah sesuai untuk dikutip dan di biarkan kering. Bila dibuang kulit luarnya maka dapatlah sabut yg berkerawang cantik. Ia di gunakan seperti span pencuci pinggan, malah kulitinya jauh lebih baik kerana ianya ciptaan Allah s.w.t. Ia tidak memerangkap minyak, jadi pinggan mangkuk dan periuk belanga akan lebih mudah dicuci.

Cara menanam adalah dari bijinya. Ia mudah tumbuh.Selamat mencubay

8 comments:

CV. Mitra Bibit said...

Salam Sukses...
Berkenaan dengan persamaan bidang usaha, kami tertarik untuk bertukar link dengan sahabat Untuk menunjang usaha masing masing..
Jangan lupa kunjungi juga lapak kami
www.MitraBibit.com
terima kasih....

la_abwa said...

salam susek juga pak eko,

banyak sekali bibit2 yang sdr usahakan.saya udah lawat blog sdr nanti akan lawati lagi kalu mahu beli bibitnya. tapi kalua pos ke Malaysia bagaimana ya?

fairizna said...

di siam bnda ni di pggil loffa,dan di gunakan sbg pukat dan diadun bersama sabun mndi.leh view fb sy utk tgk cnth sabun tersebut : NusantaraGamat Langkawi

la_abwa said...

Salam fairizna, sy dah lawat Fb nusantara langkawi dan bulan sept lepas saya dah ke sana, ada saya beli kopi sarang burung, kayu untuk excercise tgn dan beberapa barang lain.

aisyah's stories said...

Slm...sy nk tnya ade luffa kering x?sy nk cri dlm kuantiti yg byk.thu spe yg jual luffa kering?

aisyah's stories said...

Sy nk tnya ade luffa kering x?sy perlukn byk

la_abwa said...

Aisyah stories, luffa ni bukan senang dapat. Pokok saya sgt lebat ttp kalau berbuah waktu hujan buahnya rosak. Sekarang pokok saya dah ditebang, baru nak tanam semula. insyaAllah jika ada nnt saya maklumkan.

la_abwa said...

Puan suriati Muhammad,

Puan tinggal di mana?j
Jk di Ipoh blh cuba cari di restoran 'sabar menanti' depan restoran tu ada jual dulu.