March 03, 2010

Markisa dah tumbuh















Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun di blend buat jus .


Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu.

Coretan saya bertajuk 'seenak jus markisa' yang saya hantar ke egroups rupanya telah mengundang beberapa perbincangan. Di egroups taman flora ,misalnya ada seorang pengusaha nursery tanaman exotik telah bermurah hati menghadiahkan saya dengan dua pasu markisa . Terima kasih tak terhingga kpd en Ariffin dan isteri yg sudi singgah ke teratak saya pada 26 Feb 2010. Pastu saya pulak terlupa nak tanya harga pokok tu...saya betul2 lupa. Bila teringat, tak tau nak buat macam mana.Serba tak salah pulak.

Bukan setakat pokok markisa yg dibiakkan dari keratan batang sahaja yg dibawa oleh en ariffin, malah ada pula ole ole dua batang lemang . Rezki jgn ditolak, musuh jgn di cari. Memang berbaloi rezki hari ini, dah lah datang tak disangka2 , tengahari tu pula memang ada tetamu yg dah janji nak bertamu di rumah saya. Rezki depalah makan lemang en ariffin tu. 'Selamat'lah lemang tu walaupun saya tak sempat nak masak rendangnya..:).Dirumah saya pula dia kena panjat pokok kelapa.. he he patutnya tetamu dijamu dgn air kelapa muda.Alahai nasiblah en arifin yer, dah tu pulak jiran2 saya mai tumpang sekaki pulak. Ya ampun..


Apa apa pun, pokok markisa tu tumbuh subur nampaknya. Saya kena 'cari' masa untuk di mengalihnya ke tempat yg lebih sesuai untuk dipanjatkan. InsyaAllah kalau berbuah nanti kita buat puding markisa pulak. Tak sabar nak tengok buah2 markisa ni, semua benih yg saya semai tumbuh nampaknya cuma tumbesarannya agak lembab. Saya cuma nak lihat dari segi ketahanan pokok2 ni, sama ada yg dibiakkan dari keratan batang atau atau dari biji benih yg lebih tahan dari serangan mahluk perosak dan dari segi jangka hayat pokok.Semuanya akan di kemaskini di blog ini.

3 comments:

mawar slumber said...

salam saya nk minta benih utk pokok ni boleh tak..... please call @ sms saya Yati 0125748453

mawar slumber said...

Sy berminat utk mendapatkan benih pokok ini.... bleh tak sms sy mcm mana nk dptkan benih...0125748453 yati

la_abwa said...

berikan nama dan alamat segera.Tq