March 10, 2010

Musim bunga tiba lagi



Dah lama laman rumah saya tidak dihiasai bunga. Maklum bunga pun ada musimnya. KIni mulai bulan March nampaknya laman mula menyeri dengan bunga loceng ni. Cantik merahnya. Tidak terlalu marak tidak terlalu malap. Subhanallah .maha suci Allah yg menjadikannya.

Bunga pagar ni kami kongsi, sebab sebenarnya bunga ni bunga jiran sebelah tapi berhijrah ke rumah saya. Bila berbunga kami kongsilah sebab letaknya di tepi pagar. Sang burung yg membawa biji benihnya. Mungkin burung tu bertenggek di atas pagar dan meluahkan benih yg di bawanya ditepi pagar. Bunga ni senang hidup dan bunganya banyak pulak tu... sepanjang dia menjalar sebanyak itulah bunganya. Elok kalau dililit ke pergola.

Bunga raya merah yg berlapis kelopaknya. Ini pun jiran tolong tanam, harap saya memang tak berbunga lah laman.. tangan panas.

Bunga raya oren malap (peach) ni pun sibuk gak nak berbunga. tengok kawan2 lain berbunga.


Bunga lily oren ni pun dah beberapa kali berbunga, yg warna merah belum keluar lagi bunganya. Ada lima spesis bunga lily di rumah, warna oren, merah, pink, putih besar dan putih kecil.Cuma musim bunganya berbeza. Bulan ni bunga lily oren yg keluar, bulan depan tak tahulah..

Ini bunga lily besar yg pernah berbunga tahun lepas. Tahun ni dia dalam pantang.. belum berbunga lagi.. :)


Yg ini pula nama galmernya Lantana, dikampung2 dipanggil bunga tahi ayam. Tapi rasa saya bunga tahi ayam lain sikit. Bunga ni pun tengok tanah juga , kadang2 kalau kurang air dia 'padam'. Yg pelik kat rumah saya tu, masa beli warna pink , bawa ke kuantan dia tukar warna kuning...ajaib.

Tak lupa juga bunga ros merah yang tak turut menyeri laman. Cuma bunga ros tanah rendah ni tak macam di Cameron Highland yg gebu2. Ros tanah rendah ni cepat layu dan gugur kelopaknya.

ps: semua gambar diambil dengan camera HP shj.. ok gak hasilnya.

2 comments:

maعL said...

bestla blog ni

sue suria said...

Bunga raya.....my favourite tu