March 16, 2010

Khasiat daun misai kucing..



Nama pokok ini ialah Pokok misai kucing. Macam mana boleh diberikan nama tu mungkin dari bunganya yang banyak sesungut macam misai kucing. Nama saintifiknya ORthosiphon stamineus.Hidup subur di rumah saya ttp bila dialihkan dia mati.. jadi biarlah dia di situ. Selama hari ni saya buang shj daunnya bila merimbun, lepas ni bolehlah dikeringkan ttp rasanya saya tak boleh minum teh daun misai kucing sebab saya kurang gula dalam badan dan tekanan darah saya rendah.

Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

untuk mengurangkan penyakit kencing manis,jemur segenggam dun misai kucing. Bila kering rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi segelas. Minum beberapa kali sehingga habis. Boleh juga kisar akar dan batang pokok misai kucing dengan sedikit air. Tapis dan campur dengan air suam dan minum perlahan2.

Bagi merawat darah tinggi pula ambil 2-3 helai daum misai kucing dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan minum . Amalkan.

sumber:Majalah agromedia bil15.

ps: daun ngokilo tu apa benda palak..???

8 comments:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

la_abwa said...

hi hapi, thanks for visiting my blog. it seems that u hv a lot of followers at ur blog. hapi blogging too..

Anonymous said...

Hello ... I'm also plant "misai kucing" and used to drink in natural manner. So nice and healty.

ida said...

salam

daun ni memang berkhasiat, mak akak yg penah kena stroke taun dan kembali berjala bertatih2, cuba minum ainya seperti ai teh selama 2 bulan, alhamdulillah, sekarang sudah tiada lagi sakit darah tinggi nya, dan dia terus meminumnya moga2 allah menyembuhkan kencing manis nya sambil dia terus makan ubat hospital dan berdoa dan selalu baca quran.
sedap juga ainya bila selalu di minum,mak akak merebus daun nya bercampur dgn daun pandan supa wangi.

ummu waheedah said...

Thank for commenting mr 'anonymous'. would you like to share ur exerience drinking 'misai kucing', how does it works?. How much u take a day?

Pn ida,
tq atas perkongsiang pengalamn. idea yg baik, campur daun pandan.

mohamad roslany bin arsid said...

Kenapa tak di perluaskan lagi daun misai kucing. Sebab cara menggunakan daun ni sangat mudah

farhan rosdi said...

Daun ne bole buat ubat luka X .. Cm ne carenye..

Eza Ahmad said...

kalau minum tnpa keringkan dulu daun..bleh kurangkn gula dlm darah tak