July 16, 2009

Anggur hijau dah nak berbuah

Gambar di bawah ni ambil pada 13 Julai 2009- anggur ni sebenarnya menjalar secara memanjang membentuk 'L' ukuran 8'X6'. Tak ada pragola yg saya buat, hanya guna penyangkut langsir yg dah tak digunakan lagi. Nak jimat lah ni.. takut kena tempelak membazir duit buat paragola, anggur belum tentu berbuah,nak pasang macam2 alat pulak. biar dia berbuah dulu barulah rancang apa nak buat kemudiannya.




Gambar di bawah ni diambil pada 9 Julai 2009. Nampak sehatkan?Ada buah pulak tu..buah instant. Setelah beberapa bulan berperang dengan makluk perosak dan macam2 baja di'makan' akhirnya segar juga pokok anggur ni. Mungkin dah ada pertahanan diri sekarang.

Ini gambar anggur ini pada bulan Disember 2008. Hampir setahun barulah ia 'mati hidup semula' setelah dipangkas beberapa kali dan dibaja dengan baja NKP 15:15:15 warna hijau. Bukan senang nak membesarkannya. Sekarang (julai 2009) umurnya setahun setengah.. dah boleh dibaja untuk pembuahan. Nak tunggu lama lagi takut kempunan..

Jadual pembajaan.
Pada 10 Julai 2009 baja buah telah mula ditabur, baja no 1. baja ini dibeli dari En.suhaimi di Lekir , Perak.
20 Julai nanti kena tabur baja no.2 dan 3.
30 Julai kena pangkas semua daun sampai gondol.
10 Sept tabur baja no.4 .
20 Okt tabur baja no.5 dan buahnya dijangkakan lebih sekilo satu tangkai..
yer ke tu? InsyaAllah..rajinlah solat dhuha dan solat hajat.
Siap2 la asap kemenyan,panggil wartawan SINAR he he.
Kalau tak berbuah.. ha siap lah kena ketuk PC lah jawapnya.

6 comments:

Jontih Enggihon said...

bro, pangkas kena hati2..silap pangkas buah tak keluar..aku punya banyak buah...check ni jongrapevines.blogspot.com

-jon

la_abwa said...

jontih, ko pakai baja apa ?
sy punya ni awal tahun ari tu ada buah dua biji saja , masam pulak tu... mungkin sy tak jaga sgt.

Jontih Enggihon said...

Masam tu mungkin kamu tanam jenis anggur yg masam eg. Isabella Madu - jenis ini bukan "table grape" tapi utk bikin wine. Baja yg sy pakai 2 jenis - organik (tahi kambing, air beras diperam, air+sedikit roti diperam 3 hari) dan baja inorganik N15-P15-K15. 2 minggu sebelum pruning pakai K yg tinggi.

la_abwa said...

tq jontih, maklumat yg berguna terutama ttg air beras yg dieram sebab sy juga selalu simpan air beras sehari dua dan siram pd pokok anggur tp tak nampak perbezaan ketara. susah nak cari baja NPK ni biasanya N15-P15-K15.boleh cari tp kalu yg K tinggi tu jarang dikormesialkan.

la_abwa said...

Jontih, saya dah lawat blog u. thinking and hoping to drop at your doorstep when i visit my sister in Ipoh soon...bleh kasi alamat to my email la_abwa@yahoo.co.uk?

Jontih Enggihon said...

Dah email.. :)