

Gambar di bawah ni diambil pada 9 Julai 2009. Nampak sehatkan?Ada buah pulak tu..buah instant. Setelah beberapa bulan berperang dengan makluk perosak dan macam2 baja di'makan' akhirnya segar juga pokok anggur ni. Mungkin dah ada pertahanan diri sekarang.

Jadual pembajaan.
Pada 10 Julai 2009 baja buah telah mula ditabur, baja no 1. baja ini dibeli dari En.suhaimi di Lekir , Perak.
20 Julai nanti kena tabur baja no.2 dan 3.
30 Julai kena pangkas semua daun sampai gondol.
10 Sept tabur baja no.4 .
20 Okt tabur baja no.5 dan buahnya dijangkakan lebih sekilo satu tangkai..
yer ke tu? InsyaAllah..rajinlah solat dhuha dan solat hajat.
Siap2 la asap kemenyan,panggil wartawan SINAR he he.
Kalau tak berbuah.. ha siap lah kena ketuk PC lah jawapnya.
6 comments:
bro, pangkas kena hati2..silap pangkas buah tak keluar..aku punya banyak buah...check ni jongrapevines.blogspot.com
-jon
jontih, ko pakai baja apa ?
sy punya ni awal tahun ari tu ada buah dua biji saja , masam pulak tu... mungkin sy tak jaga sgt.
Masam tu mungkin kamu tanam jenis anggur yg masam eg. Isabella Madu - jenis ini bukan "table grape" tapi utk bikin wine. Baja yg sy pakai 2 jenis - organik (tahi kambing, air beras diperam, air+sedikit roti diperam 3 hari) dan baja inorganik N15-P15-K15. 2 minggu sebelum pruning pakai K yg tinggi.
tq jontih, maklumat yg berguna terutama ttg air beras yg dieram sebab sy juga selalu simpan air beras sehari dua dan siram pd pokok anggur tp tak nampak perbezaan ketara. susah nak cari baja NPK ni biasanya N15-P15-K15.boleh cari tp kalu yg K tinggi tu jarang dikormesialkan.
Jontih, saya dah lawat blog u. thinking and hoping to drop at your doorstep when i visit my sister in Ipoh soon...bleh kasi alamat to my email la_abwa@yahoo.co.uk?
Dah email.. :)
Post a Comment