May 15, 2009

Pokok Cermai vs belimbing buluh

Ini pokok belimbing buluh.


Biasanya belimbing buluh berbunga dulu sebelum berbuah. Bunganya berwarna purple cantik. Belimbing buluh tak berbuah jika daunnya banyak sangat jadi kita kena pangkas selalu.

Ini pula buah cermai dipokoknya. Pokok cermai seakan2 belimbing buluh terutam bentuk daunnya. Ramai yg keliru antara pokok cermai dgn pokok belimbing buluh melainkan ketika berbuah.

Belimbing buluh bentuknya lonjong, masam dan berair.biasanya di buat masak lemak cili api dan dibuat sambal.Gambar bawah ni gambar di rumah saya di Kuantan bulan Mei. Sekarang ni (Jun 2009) musim berehat, daunnya lebat buah tak ada. Kenalah buang dahan2.ranting, togelkan baru dia berbuah. Tapi biarlah dia rehat dulu, lepas 'pantang' nanti saya gondolkan ..:)(

Buah cermai bulat macam guli. Buangnya serangkai melekat pada dahan.Rasanya masam ada juga yg sedikit manis. Biasanya dibuat jeruk. Buah/Pokok cermai ni ada di rumah kakak saya di Kelang (kalau belum di tebang), ni jenis masam. Saya tengah carai jenis yg lemak, nak tanam kat Kuantan. Sapa ada info tolong bagitau yer.

5 comments:

Iskandar Ab. Rashid said...

Wah cantik poko ni. Saya tanam tak menjadi, akar dimakan kulat.

la_abwa said...

yg ada dirumah saya hanya belimbing buluh shj. Cermai tak ada.

Say ingat nak tanam belimbing ni dari keratan batang, ramai juga org kata tak mahu hidup tapi di rumah saya , pantang dicantas, buahnya menjadi2.

Umno Cawangan Desa Penaga said...

Mcm mana nak tanam pokok belimbing buluh? Melalui keratan btg ke biji?

la_abwa said...

Tanam dari keratan batang. InsyaAllah saya akan tanam 2-3 lagi, sebab baru teringat ada orang nak kan pokok ni.

Mama4Aqil said...

dah 2 x beli anak pokok belimbing buluh ni..tak pernah hidup. kecewa pun ada.