April 21, 2009
Mulberi ku
Kisahnya , pengetahuan saya tentang mulberi ni hampir zero sebelum saya menyertai egroup Taman Flora pada awal 2006 jika tak silap ingatan. Saya sertai egroups Taman Flora tu pun entah dari mana puncanya, takdir penentu segala agaknya. Sekalung terima kasih bunga melati kepada TP (tok penghulu) Taman flora yg banyak memberikan tips2 percuma dan perkongsian maklumat. Sebenarnya TP a.k.a En Mohd Noor selalu masuk majalah berkaitan tanam2an. Majalan Laman dan beberapa majalah lain.
Rakan egroups yg pertama saya temui ialah Kak Roy, kalau tak silap ler, sebab pernah juga pergi rumah TP tengok anggur. Pertama kali tengok buah anggur di Malaysia lah tu. Dari rumah Kak Roy di Simpang Pulai, Perak lah saya ambil keratan2 batang mulberi ni. Itu kisah bulan april 2006, balik dari cameron singgah rumah kak Roy kutip pokok mulberi, hoya (pertama kali juga) dan tengok pokok vanila pemberian TP katanya.
Pokok mulberi ni paling mudah ditanam dan mudah hidup. Ini pengalaman saya kerana saya ni 'tangan panas', pengkojol pokok jer selama ni. Tapi mulberi yg saya bawa ke sana ke mari sementara nak sampai ke Kuantan, nampaknya boleh hidup pula walaupun batangnya dah kering masa tu.
Apa yg saya terkilan, mulberi saya ni selalu mabuk daun. Jarang berbuah , kalau berbuah sekejab sahaja kemudian gugur tak sempat tengok dia besar pun. Baru tahun inilah dia berbuah agak lebat dan besar (sebesar jari). Berbanding yg ditanam di rumah kakak saya di Ipoh (keratan batang yg sama).Di Ipoh selalu sangat berbuah dan daunnya lebar2 sebesar pinggan.
Dah dapat dah resipi buat jem dari TP.InsyaAllah kalau ada semangkuk buah mulberi boleh lah cuba buat jem.
Ini gambar tahun 2006 2 minggu selepas ditanam. Jadi siapa yg mulberinya mampuih tu, kena fikir2lah mana silapnya sebab mulberi memang perlu air sahaja tak perlu bubuh baja masa baru2 tanam. Dan kalau boleh tu jgn kena mentari sgt, sorok bawah sinki pun tak per janji siram.
Ni gambar selepas satu bulan ada buah pulak tu. Tapi lepas tu ada kala dia kena serang si bena putih yg durjana. Biasalah kadang2 dah nak mati pokok tu diserang white flies ni, kita kena buang semua daun yg terjangkit, bakar daun tu. Potong ranting yg rosak, basuh dahannya, dan siram macam biasa, insyaAllah hidup balik
pokok tu.
Sekarang selepas hampir 3 tahun, dan agak terbiar tanpa baja, dia hidup sendiri. Menjulang sampai ke bumbung. Saya malas nak cantas jadi saya sanggulkan dahan2 tu jadilah macam gini... yg pelik tu banyak pula daun2 baru dan buahnya semakin banyak. Agaknya pokok pun pandai nak ambil perhatian tuannya.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Mulberi kalau nak dapat buah selalulah buat prunning dan buang daun selepas berbuah. Lepas ni mesti dapat makan buah malberi selalu
oh yer ker.. terima kasih atas tips yg diberi. InsyaAllah lepas berbuah kali ni saya togelkan pokok tu :)
boleh ker saya dapat kan benih mulberi... secara pos...
symsyam@yahoo.com
pokok mulberi saya macam ada masalah la. sepanjang batangnya ada macam kulat putih. macam mana nak buat? sayang sanagt sebab dah besar dan pernah berbuah 3 kali.
Kulat putih/bena putih/white fly memang sukakan batang pokok mulber dan pokok puding. Batang ubi kayu pun dia suka.
saya buangkan bena tu dgncara memberus. beli berus dawai atau berus sabut yg ada pemegang. Berus batang yg kena kulat tu dan siram air(tutup hidung n mulut). lepas tu boleh semburkan racun atau sheltox.
Bena juga boleh dihapuskan dengan air blende bawang putih dan bawang merah...s
Post a Comment