April 19, 2009

kedondong


Kedondong adalah sejenis buah tempatan yang enak rasanya dimakan mentah , dibuat jus dan jeruk. Kedondong juga dikenali sebagai buah amra di negeri2 sebelah utara.

Kedondong mudah hidup di atas tanah biasa yang tidak terlalu berair. Jika beli anak pokok kedondong yang telah ditut, tak sampai 2 tahun berbuahlah ia.

Pokok kedondong tidak memerlukan baja yg banyak . Hanya baja semasa kecil lepas itu bila mula berbuah ia akan sentiasa berbuah tanpa henti.

Buah kedondong di rumah saya tak henti2 buahnya. Satu petua supaya buah2an tak berhenti berbuah ialah dengan menyedekahkannya.Bila kita bersedekah , Allah limpahkan reqki dari buah ini tak terhingga, kadang2 sampai terbuang pula. Setakat ini alhamdulillah buah kedondong saya sentiasa ada peminatnya. Rasanya tidak terlalu masam malah sedikit 'lemak'. sedap dimakan dicicah dengan kicap, gula dan chili padi.

Kedondong juga boleh dimasukkan dalam gulai ikan sebagai bahan tambahan .Daun pokok kedondong direbus, airnya diminum untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Untuk membuat jeruk kedondong sila lawati blog resepi saya.

No comments: