Kaduk, apa yg anda tahu tentang kaduk? Gambar di atas adalah gambar pokok kaduk yang tingginya sekitar 2 hingga 2.5 kaki.Peribahasa melayu ada menyebut' Bagai kaduk naik junjung'.Sebenarnya kaduk tak naik junjung , sirehlah yg perlukan junjung atau penyangga. Sireh tak boleh tegak dengan sendirinya , sireh adalah pokok menjalar. Kaduk boleh berdiri sendiri kerana itu kaduk tak tinggi2.
Kaduk biasanya dimasukkan dalam masakan seperti buat kuah gulai tempoyak , bubur lambuk dan beberapa resipi kampung yang lain. Terbaharu saya diberitahu oleh kakak saya yang kaduk ini sangat mujarab dibuat ubat pengurus badan secara alami. Ambil beberapa helai (5-7) daun kaduk, rebus dengan secawan air minumlah 2-3 kali seminggu. InsyaAlah anda akan langsing, tapi kalau dah plywood macam saya jangan coba2.. nanti jadi macam piala bintang RTM -melengkung pulak!
Kalau di lihat sekali imbas, antara kaduk dan sireh tak ada bezanya. Daunnya hampir sama. Tetapi kaduk lebih senang hidup berbanding sireh. Kaduk hidup tanpa diundang, tetapi sireh perlu di'timang'. Tak cukup air (siraman) sireh akan merajuk, tapi tidak kaduk.Kaduk tahu mencari rezeki sendiri dan tumbuh meliar di mana2 dia suka. Biasanya di celah pokok pagar. Jika sudah ada spesis kaduk, maka ia akan membiak membentuk populasi sendiri. Itulah kaduk, pantang dapat tanah dia akan tawan. Sebab tu pepatah melayu kata 'bagai kaduk naik junjung' , merujuk kepada orang asing/luar yang selalu akan menguasai sesuatu tempat dan berkuasa. Macam pendatang haram yg tak sedar diri agaknya.
Sebenarnya banyak perbezaan kaduk dan sireh. Kaduk rasanya agak pahit dan payau. Sementara daun sireh rasanya pedas dan baunya lebih sedap/berangin. Sireh mempunyai khasiat antiseptik. Biasanya jika kita sakit mata (merah), sireh boleh digunakan sebagai bahan antiseptik. Caranya mudah iaitu dengan meramas2 beberapa helai daun sireh dalam air, buangkan daun sireh dan basuh mata dengan air tersebut. [Lekapkan mata yg terbuka pada permukaan air , sebaliknya masukkan air dalam gelas dan lekap ke mata. Buka mata seberapa lama yg boleh)
Daun kaduk mudah layu selepas di petik , daun sireh tidak. Lihat sahaja penjual sireh di tepi jalan, di pasar atau di mana sahaja. Daun sireh yg sudah disusun akan kelihatan segar walaupun sudah 2-3 hari dipetik. Sireh biasanya menjadi simbolik kepada pengantin wanita. Tak sah rasanya kalau barang hantaran dari pihak wanita tak ada sireh dan gambir..ianya lambang keanggunan wanita Melayu yg kaya adat. daun sireh tidak di masukkan dalam resipi masakan setakat yang saya tahu.
1 comment:
Salam,
Pucuk kaduk, pucuk paku, pucuk salang, segala 'seknika' (macam/jenis) pucuk adalah makanan harian saya semasa menetap dengan opah di Padang Tenggala masa kecik dulu.
Lama tak jamah pucuk kaduk, orang shah alam tak reti makan kut...? Tak jumpapun di pasar tani...
Esok ada kenduri nikah sepupu saya di Masjid SS15 subang jaya. Orang Perak kalau takde tepak sirih, tak sah kononnya. Harap-harap ada portion untuk saya jamah sirih... Selalunya dema dulukan anak-anak dara yang belum berkahwin, konon ambil berkat pengantin baru. Batch anak-anak dara dikalangan keluarga dah tak ramai, mungkin ada rezeki saya nanti, insya Allah.
Post a Comment