January 02, 2009

Kunyit terus-foto pada 30 dec 2008


Ini adalah pokok kunyit terus. Tingginya sekitar 1.5 kaki-2.5 kaki sahaja. Daunnya macam daun halia,halus dan runcing.

Khasiat kunyit terus?.Saya tak tahu banyak tentang khasiatnya tetapi bukan untuk dimasak gulai yer.Dalam keluarga saya kunyit terus digunakan untuk merawat demam disebabkan 'tetegur'. Kalau tak tahu apa 'tetegur' tu, tak payah lah guna kunyit terus ni. Buat tambah demam jer ..maaf lah. tak gheti nak explain. Biasanya demam panas yg disebabkan kita merayau2 pada waktu tengahari rembang.

Tentang rupa bentuk rupanya, ia sejenis pokok berubi. Ubinya berwarna kuning dan bukan warna oren seperti kunyit yang biasa kita buat masak.

Baunya pengit, kalau ditumbuk satu bilik boleh berbau. Kalau nak guna kunyit terus ni , kena tumbuk dalam lesung batu dan air darinya di sapukan dibelakang cuping telinga, belakang lutut dan celah2 jari kaki. Biarkan ianya kering.Dan ulang hingga demam berkurangan.

Kunyit terus amat sukar didapati dan biasanya kalau tanya di nusery, mereka tak tahu atau akan tunjuk pokok bonglai. Bonglai seakan kunyit terus dari segi bau, tetapi bonglai berdaun lebar dan ianya merendang. Bonglai biasanya dibuat ramuan air mandi untuk memulih tenaga (biasanya lepas bersalin atau demam teruk)


Saya tak pernah merasa kunyit terus sebab baunya yang pengit.
Tak sanggup nak memamahnya.


Gambar-gambar dia atas di ambil pada 30 Dec 2008. Emak saya begitu gembira kerana selama ini kunyit terus sukar ditemui dan rumah kami pun dah beberapa tahun tak ada kunyit terus kerana ianya mati. Kini kunyit terus sudah disemai semula dan ada 3 pasu baru yg ditanam kunyit terus ni . Yang di tanah tu pun akan dialih ke pasu nantinya, insyaAllah. sesiapa yg teringin sangat nak tahu rupanya bolehlah tempah untuk saya poskan.

13 comments:

Anonymous said...

Salam tuan/puan penulis,
Saya benar teringin sangat nak kunyit terus ni atas dasar perubatan. Bagaimana boleh saya menghubungi pihak tuan/puan penulis disana.

Email saya : mlmaha86@hotmail.com

TQ.

la_abwa said...

Salam tuan/puan anonymous,

FYI , kunyit terus di rumah saya yg ditaman dulu dah 'meningal' semuanya, yg tinggal kini cuma pasu.
Kunyit terus sgt susah hidup, tak boleh ditinggalkan. Punca mati krn sy tinggalkan 2 minggu, balik dah tinggal kenangan.

sy cuba nk cari semua kunyit hidup ni, insyaAllah kalau ada sy beli lebih. BTW, sdr/sdr di kawasan mana?

email saya la-abwa@yahoo.co.uk. jika serius. memng susah dpt kunyit terus yg betul, kebanykkan org akan samakan bonglai dengan kunyit terus. Bagi saya ia sekan2 sam tp lain. Khasiatnya pun lain. Baca lah catitan saya baik2 ,dua tumbuhan ini ia berbeza.

salmah aly said...

salam,d man bolih saya dapatkan kunyit terus ini,tuan/puan tinggal d mana? email saya; sal_56@ymail.com

la_abwa said...

Puan salmah,
Malang sekali kerana pokok kunyit terus di rumah saya juga sudah mati kerana ditinggalkan tempoh hari.

Saya berusaha untuk mendapatkan kunyit ini melalui saudara mara , nanti kalau dapat akan saya beritahu puan.

Dalam masa yg sama cuba puan ke pasar chow kit , di sana ada macam2 herba. cuba tanya kunyit terus ni dan tanamlah. Daunnya akan menentukan yg ianya kunyit terus atau bonglai...

Tia's closet said...

assalam..saya memerlukan kunyit terus ini dengan segera..boleh poskan x dan berapa ya?

Anonymous said...

Kunyit terus ni senang didapati di thailand..di malaysia memang jarang hidup sebab pokoknya manja skit,susah nak hidup..khasiat pokok kunyit ni mmg lah bagus sgt2..mungkin cuaca d malaysia kurang sesuai utk tumbuhan ni hidup..

Unknown said...

salam saya tengah cari kunyit terus, mana boleh dapat ye...urgent....

Syam68 said...

Saya baru tanam kunyit terus..memang susah nak mencarinya, kena banyak bertanyakan orang tua2,
dan mendapat maklumat yg betul2 mengenai kunyit terus..alhamdulillah skrg dah mula menampakan hasilnya.

Crazy as chocolate said...

Salam sy ad buat semaian kunyit terus bole email sy analini818@gmail.com

la_abwa said...

Boleh lah kita bertukar2 kunyit terus yer..
boleh bagi alamat anna farid dan Sham68?
saya nak beli juga tetapi sy bimbang jika ianya lempoyang bukan kunyit terus.
ada seorang warga emasdi chowkit beriya2 mengatakan lempoyangnya itu lah kunyit terus cuma nam sahaja berbeza.

oh tidak tidak,,
kunyit teus dan lempoyang mmg tak sama,
bukan semua org tua pandai :)

Anonymous said...

Salam Tuan. Tuan berada dikawasan mana? Saya benar2 nak dapatkan KUNYIT ni utk perubatan. Saya Dr a.star

0135125817

Anonymous said...

Pokok kunyit terus original datang dari kemboja/ khmer. Susah nak dapat kat malaysia. Warna dan bau pun berbeza kalau dari thailand. Pokok susah nak hidup kalau selalu hujan. Senang hidup di kawasan Monsun Tropika.

Kalau di Malaysia. Ramai yang tertukar dengan pokok Bonglai/Lempoyang. Banyak khasiat pokok kunyit terus.

Anonymous said...

Kunyit terus yang original banyak yang datang dari thailand dan kemboja. Bau nya pengit dan banyak kebaikan. Ramai yang tertukar kunyit terus dengan bonglai