July 11, 2010

Buah nona


Ini buah nona jiran sebelah saya. Pandai buah nona ni kerana dia berbuah dua biji, sebiji hala ke rumah tuannya sebiji lagi hala ke rumah saya, reqki. Jiran pun dah halalkan.. tunggu masa ni petik jer.. nak rasa macam mana enaknya.Saya memang cari benih buah nona, tup2 dapat buahnya dari jiran . Nanti bolehlah disemai.

Macam macam khasiat buah nona rupanya. Subhanallah.


BUAH NONA / NONA SERIKAYA - Nama sainsnya Annona squamosa, Famili : Annonaceae Nama Latin : Annona reticulata. Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).

Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah). [Sumber]

7 comments:

Iskandar Ab. Rashid said...

Di kampung saya (Kemaman, Terengganu)buah yang jiran tanam tu dipanggil buag lonang, yang dalam keratan akhbar tu buah nona. Buah lonang lebih manis berbanding dgn buah nona.

la_abwa said...

oh begitu... cuba ambil gambar pokok lonang tu dan update di blog tuan. nk juga tengok. Saya suka durian belanda.

Unknown said...

nak dapat benih kat mana yer

la_abwa said...

Fairusamin,
Benih dari buahnya. Boleh beli buah ni di supermarket, ambil bijinya tanam.

fairus said...

la abwa
ok tq... informasi anda

Unknown said...

Nak tumpang tanya di taman saya buah nona apabila hampir masak ada putihan kat celah bonjol, apakan itu? Ada banyak semut kecil dikelilinginya. Harap dapat jawapan dari siapa siapa yang tahu

la_abwa said...

cik Kristine teh, serangga tersebut adalah white fly atau bena putih. Buasa menyerang buah dan pokok. patut awak balut buah tu sblm ia besar. masih boleh makan buahnya, cuci bersih dengan air sblm makan.