September 03, 2009

Anggur tak berbunga pun..


Ghairah nak sangat tengok buah anggur. Tak sabar2 tunggu anggur ni berbunga lalu kita pun beli baja anggur, nun jauh di lekir, Perak nun.Mula membaja anggur ni pada 10 julai 2009. Ikut betul2 peraturannya dan jadualnya. Mula memangkas daun pada 31 Julai 2009.

Semua daun digondolkan , ranting yg lebih kurus dari pensil 2B pun dibuang. Tinggal dahan2 yg lebih gemuk dari pensil tu.
Lepas pangkas, batang2 anggur tadi menangis.. kesian..

Lepas tu anggur ni terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan alam semula jadi dan jiran yg prihatin. Dua minggu lepas tu tengok daun2 baru dah tumbuh tapi tak nampak bayang bunga pun. Sabor jer la..

hingga kini , gambar pada 3 sept 2009, tak ada tanda2 bunga nak keluar.



Daun2 anggur ni nampaknya terbakar...agaknya tak cukup air. Tapi sejak 25 ogos saya dah siram pagi dan petang, nak cover siraman terdahulu yg tak cukup. Tunggu jer lah.. nampaknya semut gatal pun dan mula merayap di dahan2 anggur ni.. esok lusa kenalah sembur ubat semut. 10 sept 2009 kena bubuh baja no.4.

nota terkini: baja terakhir baja no.5 telah pun di tabur pada 25 oktober 2009. terlewat 5 hari. sekarang daun jer yg lebat.

5 comments:

rajafazal said...

Salam Pn Latifah, seronok juga baca blok u tentang pengalaman menjaga pokok anggor ni, pokok anggor saya dah setahun lebih, besarnya batang utama tu lebih kurang ibu jari kaki, saya mula buat pruning dua minggu lepas, nampaknya tempat yg dicantas tu dah keluar daun baru. tapi x dapat baja yg betul cuma tabur baja tahi kambing dgn urea, nampaknya kena cari baja macam latifah dapat tu le, tapi nak gi perak tu agak susah le sikit jadi kalau boleh dapat alamat pembakal tu mungkin saya boleh hubungi dia utk hantar dgn pos, saya tinggal di melaka.

la_abwa said...

Anggur jenis ap tu en. Raja. Kata sifu anggur ada yg jenis solanis, subur daun tapi tak ada buah. Anggur saya ni pun tak tahu nama..dah bagi baj buah pun tak berbunga lagi. Agaknya jenis tak makan saman kut.. he he.

nak beli baja anggur ni cuba kontak en,shuhaimai di blog dia http://shuhaimi-anggur.blogspot.com/ . Mungkin dia boleh poskan baja.

selamat mencuba dan berusaha. Emm dah lebih sebulan pruning pun tak nampak bayang nak berbuah pun, mandul tak?? sabor sabor..

Unknown said...

bersabar lah..nanti bila berbuah habaq mai noo..boleh kita pi ramai tolong merasa..buah anggor baru..
hhmmm..

la_abwa said...

emm nak merasa?
pi Giant la buleh rasa selalu ...
la ni, daun dai duk merapu bunga tak dak lagi.

ada satu petua, kaka saya kata kalau pokok tak mau bebuah bubuh garam jantan-qaram kasaq la.

nanti .. dah habih buh baja yg disyor... kalu tak bebuah jugak. saya buh jaram jantan dan garam betina sekali...

kalau tak mau juga bebuah, saya nak potong bagi kontot..kira dera la. he he.

Unknown said...

Ayo menanam anggur, kunjungi www.thomasgrape.blogspot.com untuk infonya. Semoga bermanfaat.