July 26, 2009

Khasiat air kelapa muda


Air kelapa yang secara semula jadi bebas daripada kuman, sebenarnya kaya dengan garam galian. Memandangkan air kelapa merupakan diuretik yang kuat (mendorong kehilangan air), ia membantu pesakit yang menghidapi masalah sukar membuang air kecil dan batu dalam buah pinggang.Selain itu air kelapa bersifat anti bakteria dan digunakan di India untuk mencegah taun.

Bagaimana pun, air kelapa amat 'sejuk" keplada sistem tubuh. Oleh itu ia perlu dielak oleh pengidap lelah & batuk kerana sejuk dan kesakitan lain seumpamanya, termasuk masalah ketika hamil.

Sumber maklumat di atas dipetik dari buku kecil bertajuk "Hakikat sebenar minuman ringan" keluaran Persatuan pengguna Pulau Pinang.

Ini gambar pada 26 Julai 2009 selepas dicantas 2 tandan. Semakin dicantas pokok ini semakin tinggi. Masa mula2 berbuah, tandannya setinggi 4 kaki dari tanah dan boleh dicapai dengan mudah.

Maklumat lain tentang air kelapa ini, dikatakan tidak baik diminum bagi mereka yang pernah mengalami kecederaan (kemalangan) sehingga ada anggota yang patah. Ini kerana air kelapa akan melemahkan anggota tersebut. Begitu juga jika orang yang mengambil ubat hospital, ubat berasaskan dadah/kimia jadi tawar (tak mujarab) dengan minuman air kelapa.

Air kelapa juga biasanya diguna dalam perubatan santau.Ia boleh menawar sihir santau apabila dijampi dengan ayat al-qur'an, apa ayatnya saya belum kaji :)

Hari ini dua tandan lagi kelapa saya disedekahkan kerana sudah matang. Satu tandan terlebih matang dan satu lagi sedang elok. Ada setandan lagi sudah matang dan mengunggu sesiapa yg punya reqki. Sebenarnya ada jiran yg berhajat tetapi dah 2 minggu tak datang ambil. Kelapa ni cepat matang, tak sedap kalau tua. Jadi siapa yg datang dan reqki dia, maka saya berikan sahaja. Saya sendiri pun tak ghairah nak minum sebab dah muak. Sudah ada lebih kurang 20 tandan sejak mula berbuah. Setandan ada 15-20 biji. Kini ada lebih 10 tandan baru muncul, alhamdulillah.

2 comments:

Unknown said...

artikel ini memang bagus dan adalah diharap pemilik laman blog ini dapat memsang butang Google +1 bagi memudahkan pelawat menekannya untuk keserasian yang tinggi artikel ini diindekskan di laman keputusan carian enjin Google.

Ini adalah kerana Google +1 adalah lebih baik dari Facebook "Like", aksudnya dari segi peranannya.

Lagipun pemasangan Kod HTML untuk butang Google +1 teramat mudah dengan hanya menambah;



Itu saja!

la_abwa said...

sdr cakapniaga,
insyaAllah akan saya usha kan.
terima kasih.