February 25, 2009
Taman puding
Tunas2 puding sudah mula menampakkan pucuk . Tunas2 ini diambil dari rumah kak yah di Meru pada 4 feb 2009.Dulu rumah kak yah kaya dgn pokok puding penuh keling rumah , boleh kata semua jenis puling ada. Tapi sekarang banyak puding sudah merajuk kerana kurang belaian dari tuannya. Begitulah... pokok pun kepingin belaian.he he
Minat saya pada pokok puding ni dah lama . Tapi saya pendamkan dalam hati nurani besama doa semurni dan sedamai warna2 puding.Cewah apa hal pulak tu ..? Sebenar dulu2 saya percaya kepada tuah tangan. Tangan saya ni kununnya tak ada tuah, kalau taman pokok asyik kojol.. begitulah. Tanam puding tak pernah jadi...jadi tak ada sepokok pun puding dirumah saya. Sabor jer...
Sejak saya jadi permaisuri rumah sepenuh masa (sejak setahun lalu ler...) nampaknya semangat rumah semakin menjelma dan terserlah. Banyak pokok2 yang dulunya merajuk dan tidak serasi bersama telah mula menunjukkan kejinakkan.Satu persatu mula menyubur. Dan saya mula menghakis kepercayaan tahyul yg singgah dibenak saya tentang 'tuah tangan'.
Memang tak ada 'clinical test' bagi membuktikan tuah atau malang yg ada pada tangan kita.Semuanya bergantung kpd usaha dan teknik yang kita gunakan.Bak kat sifu di egroups Tamanflora, sifir subur ialah :Siram dan baja.
Siram sahaja tak ada baja, pokok hidup tapi macam orang lah, kurus sekeping. Atau kalau gemuk pun tak gebu tak berseri. Kenalah makan vitamin barulah keayuan menyerlah dari dalam , kununnya.. macam tulah baja pada pokok. Macam2 baja ada, terkini baja gunung berapi dan baja cacing. Petang tadi saya beli baja cangng HPA 1kg/RM4.50
Sebahgian puding2 yg sudah subur di rumah saya ni saya ambil dari rumah 'Maklong' di Felda bukit Tajau, Pahang. Maklong pun minat pokok puding dan dia tolong semaikan untuk saya masa mula2 nak tanam di rumah saya dulu,yae2 pertengahan tahun 2006.Sebelum tu ada juga saya ambil dari rumah Maklong dan taman di rumah , macam biasa... kojol.
E2 lah sebabnya maklong kena semaikan dan biar dia hidup barulah saya bawa ke Kuantan dan pindahkan ke Tanah.. huh bukan senang weh... ambil masa kira2 2 tahun untuk pujuk puding2 ni. Entah berapa banyak batang tunas yg saya ambil dari rumah Maklong dan rumah jiran, yang hidup cuma lebih kurang 10 pokok sahaja.
Namun semangat kepudingan tak pernah luntur. Saya impikan rumah saya saya jadi 'house of Puding' cewah... tak caya tengoklah nanti. Bebaru ni saya nampak ada puding yang sangat halus daunnya , dijual di Pasar Tani mega RM12/sepokok. Geram jer, tapi saya nak hidupkan yang ada dulu... lagipun mungkin saya boeh sapat free nanti...
Kepada sesiapa yang ada koleksi puding yang lain dari yang ada dalam gambar ni harap dapatlah diposkan kpd saya atau email kpd saya , mana tahu saya boleh ambil bila2.. kita buat batter trade-tukar bunga.
Hai rajinnya saya menulis hari ni, dah dini hari ni , lain kali kita sambung , insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cantik puding kat rumah , aku pun dah mula gila kat puding ni dah try semai dari awal tahun ni, la ni dah ada 10 batang puding dah kat rumah, biasanya cari kat rumah kawan aje ada gak yang aku rembat kat tepi jalan. la ni tak boleh nampak puding memang aku gatal tangan nak remabt aje.
tak der gambar ker puding2 wak tu? Mana tau kita boleh buat 'barter trade' nanti, Ada beberapa spesis lagi yg saya tak ambil gambarnya lagi. Saya pun tak pernah beli puding2 ni, mahal. Sepasu antara Rm8-RM15. yg Rm20 pun ada.
Saya suka yg daun lebar. Dah subur nanti nak susun pulak kat Laman tu biar satu spesis satu kawasan. campurkan warna. Cuma puding ni pun satu hal, ambil warna hijau tapi bila tanam jadi warna lain pulak :)
sekarang tengah cari polka dot hijau putih. ada nampak di Sabak Bernam tepi jalan.. rasa nak mintak jer..
dulu masa tahun 80 an, opah dan orang kampung sy sibuk gialakan pokok puding, satu jenis yang telah siap ditut harga 50 sen, kira mahal le zaman tu, penuh dengan pelbagai jenis spesis puding, sypun masa sekolah rendah dah pandai mengetut pokok puding, sekarang nie kat kpg masih lagi ada pelbagai spesis puding, gromit, tedung ulas, ikan emas, mat jais, mendung diawan, coklat hacks, hujan panas, ikan bilis, putus, kasih dan yang paling lawa ialah mayang mengurai yng macam kat iklan sembahyang maghrib tv 9, tu, johan dan macam- macam jenis lagi, memang gila kalau tengok dengan rasa cinta pada pokok nie, mula-mula tu takde, bila tenung dua tiga kali, alamat penuh la bonet kereta dgn keratan puding bawak balik, kalau setakad kerat aje batangnya alamat ada le dua tiga yang hidup.hishhh tak tahu la kalau dah sayang pada bunga nie.
Post a Comment