May 04, 2012

Khasiat Mahkota dewa

Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.

 Biasanya untuk tahan lama dan senang digunakan buah mahkota dewa yg sudah matang di petik, dicuci dan dihiris nipis kemudian dikeringkan dibawah panas mentari. Buah kering ini boleh disimpan lama bergantung kepada kekeringannya. Jika tak cukup kering hirisan tersebut akan berkulat. jika berkulat ianya berbahaya pula kepada kesihatan. Cara guna hanyalah dengan merendam beberapa hirisan kering dengan air panas ke dalam secawan air. Biarkan beberapa minit sebelum diminum. Tak perlu campur gula.Amalkan minum pagi dan petang atau pada bila2 masa.

Khasiat buah mahkota dewa ini banyak sangat bolehlah tanya dengan pakcik google. Cuma hati2 jika kita ada penyakit berbahaya eloklah tanya doktor dahulu. Air rebusan atau rendaman mahkota dewa ini sebenarnya menyegarkan badan dan jika diamal selalu akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.Ada beberapa website yang memberikan petua minum air rebusan buah mahkota dewa yang dicampur dengan herba lain, pengguna perlu hati2 kerana sebarang campuran herba yg tidak diluluskan kementerian kesihatan mungkin akan membahayakan kesihatan. Jadi ada baiknya buah mahkota dewa diguna tanpa campuran lain.

Tanamlah pokok mahkota dewa kerana buahnya jika dibeli agak mahal juga. Pokok besar setinggi 2kaki biasanya dijual dgn harga RM30-RM40. Pokok mahkota dewa ditaman dari biji buahnya.

8 comments:

Rozainis said...

Dekat mana nak beli pokok jika saya nak tanam?

Awang Qilat said...

Terima kasih untuk maklumat yang berguna ini.

amirullah.h said...

Terima kasih.

Anonymous said...

Jazakallah Khayran Khathira

la_abwa said...

Rozainis, pokok ni banyak di nurseri pokok. Di rumah saya dah berhenti berbuah baru nak berputik semula.Jika ada biji boleh juga saya poskan.

Anonymous said...

Saya ada menjual buah mahkota dewa yang sudah dikeringkan. Berminat Kol saya : 019-5694656 (Abdul Ghani)

malaysia herbal shop said...

http://herba.com.my/index.php?main_page=product_info&cPath=1_11&products_id=33

utk mendapatkn mahkota dewa yg berkualiti

shahrul nizam abdullah said...

kakak saya ada jual anak pokok mahkota dewa area bagan serai perak.

Puan Asmah 0124617005