August 31, 2008

Kelapa oh kelapa


Lama saya tak mengemaskini blog saya. Maklum berjalan sakan. Antara pokok kesayangan saya ialah kelapa sebab dia dah berbuah dan banyak pula, Dah ramai juga yang merasa keenakan buahnya.Minggu lepas sahaja hampir 20 biji saya beri kepada jiran. Lihatlah gambar2 kelapa di bawah tu , last sekali dah togel bahagian bawah pelepah.

Alhamdulillah seronok dapat tuai hasil tanaman. Hari ni kita mula puasa. Dalam pada puasa rupanya otak sibuk mengelintar resepi dan macam macam hal makanan.Memandangkan pokok kelapa sentiasa terpandang dek saya maka macam2 lah yang teringat tapi tak lah sampai lupa yang lain. Antara yang saya teringat ialah gula kelapa dan nira. Juga tentang penyengat yang banyak mengerumuni bunga kelapa.Silap hari saya pun kena sengat, tapi penyengat tu tak usik saya, dia tau saya boss dia :)

Dulu saya skeptikal bila sebut Nira , rasa macam tuak jer. Maklum saya pernah terbau masam nira ni. Dengar cerita orang asli selalu buat nira tapi ada juga terbaca nira ni bukan tuak , dia semi/separa tuak-tak memabukkan , jangan risau. Jadi satu hari saya melalui jalan Tg Lumpur di Kuantan terasa dahaga dan ternampak orang jual nira di tepi jalan. Hajat nak cuba jer, beli satu tak ingat berapa ringgit agaknya Rm2.50 , ada ketulan ais diberi berasingan. Saya pun cuba lah pertama kali, sedutan pertama menyebabkan muka terherot :).. masamnya. Pastu rasa manis, eh sedap pula.. teruskan sampai habis air nira tu. Sedap lah rupanya. La ni terpikir pulak macam mana nak dapat nira tu? puasa2 ni terliur air nira weh...

Sapa nak ditanya? Sapa lagi pakcik google lah kan... maka dapatlah sedikit sebanyak info dr indon. tapi tak berapa faham. Apa benda manggar2 depa sebut tah. Susah juga akir sekali jumpa blog yang relevan cuma belum sempat baca habis. Blog jutawantani. Ada jual T-shirt kambing lagi... menarik juga yer.

oh ya minggu lepas ada dua pokok kelapa pandan sudah beralih tangan kepada hero 'sesudah subuh " siapa yer? dah tanam ker kelapa tu... jangan lupa rajin2 siram pastu taruk segenggam garam jantan sebulan sekali. insyaAllah 3 tahun berbuah. Bolehlah saya singgah kutip.. :)

ps: garam jantan = garam kasar. jangan pi check DNA garam tu pula :)

No comments: