April 05, 2011
Markisa sudah merasa buahnya...
Sepohon markisa daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya. Walaupun lambat hampir setahun, akhirnya berbuah gembira rasanya.
Saya dah menuliskan empat entry berkaitan markisa yang ditanam di sekeliling rumah. Yang hidup subur dan sudah berbuah sekarang ialah yang ditanam pada bulan Februari 2010 dari biji benih. Ada lima pokok semuanya. Manakala yang di tanam dari keratan batang semua sudah 'mati beragan' tak dapat diselamatkan lagi. Gambar di atas tu adalah 3 dari 5 biji markisa dari pokok yang sebelum ini hanya mabuk daun.
Akhirnya setelah disungut2 kerana tak berbuah2, akhirnya dia berbuah juga. Dah sampai seru kata orang.
Bukan semua buah cantik dan sihat. Buah yng mula2 ni berjerawat dan ada yang dimakan ulat. Tapi untungnya markisa ni dikuniakan Allah s.w.t dengan kulit yg agak tebal. Jadi ulat bulu hanya boleh gigit kulit sahaja,isinya masih terpelihara.
Mula berbunga pada bulan disember 2010 dan dapat merasa buah yg ranum pada bulan awal March 2011. Kini 4 dari lima pokok markisa keliling rumah saya semua dah berbuah. Lepas ini mungkin saya akan buat cantasan pula untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
gembira nya... markisa saya baru memanjat pergola... alamat lambat lagi la saya nak merasa buah nya... ;p
InsyaAllah, rajin2 siram dengan jus perut ikan yer. Jgn tanam perut ikat tu, blend perut ikan dan siram insyaAllah cepat lah berbunga dan berbuah. saya pun lambat dapat tips tu..
terima kasih kak...
Markisa saya pun dah berbuah jugak... lebattt...
alhamdulillah... kalau ingat dulu saya ada shout kot tentang markisa yg baru tanam tu... laaa ni dah besar.. dah rimbun... dah lebat buahnyaaa...
al-faqir, alhamdulillah dah merasa buahnya yer. Markisa saya dah lama tak berjaga, maklum di Kuantan cuaca hujan gerimis kadang2 terik pula. Buah markisa banyak ttp saiznya kecil2 dan berulat pulak tu.
Sekarang pokoknya tak cantik, daunnya dimakan ulat dan berkarat2. Nak rawat pun cuaca tak elok lg. Ada yg batangnya dimakan anai2. Sayang sekali.
Al-faqir tunjuklah gambarnya..(blog?).
emm rasanya sy dah ingat siapa al-faqir ni.. :)
dapat benih dari tganu tu yer...
slm, saya nak tanya, mcm mana cara nak cantas pokok tu ye?pokok saya baru nak panjat pondok
Seeloknya buatkan para.. tak payah susah2 guna tali ropia pun boleh tau dawai kecil saja. Ikatlah tali tu ke pokok atau mana2 tiang. Belitkan ranting2 markira tu kpd tali. Boleh potong/cantas bahagian hujung ranting. Nanti dia akan bercabang . pandai2lah jalarkan dia supaya tidak berselerak. ikatkan pada tali tu..
A'kum aida di sini. Puas mencari pokok markisa kuning@ bijih benihnya. Kalau ada menjual, saya mahu membelinya. Lagipun kekangan masa agak sukar nak cari di nurseri. Ni email saya aida_aminshah@yahoo.com Mohon reply ye if boleh jual pokok atau benih. Terima kasih
Wslm aida,
FYI, markisa saya sekarang pun dah pupus... baru nak tanam semula. Ada 2-3 anak pokok dari benih markisa ungu. Jiran ada beri benih markisa kuning, saya baru semai. InsyaAllah nanti jika dah tumbuh,saya bgtau jika pn nak , mungkin boleh diposkan .
markisa sy bnyk bunga ...tapi x lekat...habis gugur....camna ya
markisa sy bnyk bunga...tapi x lekat..habis gugur...camna ya
cuba buat self pollination...
boleh google.
Post a Comment