March 15, 2011
Daun ketumbar Vs daun sup @celery
Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai diantara kita yang keliru yang mana daun ketumbar yang mana daun sup atau daun celery. Sekali imbas nampak macam sama, tapi tentu tak serupa. Macam daun kunyit dengan daun temu. Macam daun kaduk dengan daun sirih, sama tapi tak serupa. Serupa tapi tak sama. Isy berbelit2 pula.
Ya mari kita lihat apa bezanya, bagaimana pula persamaannya.Daun ketumbar ,pokoknya lebih keras dari daun sup dan lebih pendek.
Bau daun ketumbar lebih kuat aromanya berbanding daun sup.
Daun ketumbar lebih kecil dan lebat.
Biasanya Daun sup digandingkan dengan daun bawang tetapi daun ketumbar sendirian sahaja.
Apa pula persamaannya?
Daun sup dan daun ketumbar , digunakan untuk mendatangkan aroma wangi bagi sup. Biasanya jika sup ditambahkan dengan rempah sup, daun ketumbar lebih sesuai.Umpamanya sup kambing, sup tulang dll. Jika sup tersebut hanya sup sayur yg tidak ditambah bahan rempah, biasanya daun sup digunakan sebagai penambah aroma.Bagi mendapatkan aroma yg sedap dan segar pada nasi briani, daun ketumbar yang digandingkan dengan daun pudina akan menghasilkan bau yang amat menyelerakan.
Di Malaysia , daun sup lebih popular berbanding daun ketumbar. Daun ketumbar lebih diminati oleh kaum India/mamak dan harga daun ketumbar lebih murah.Saya tak pasti sama ada daun ketumbar boleh ditanam menggunakan biji rempah yang biasa kita buat kari atau tidak. InsyaAllah saya akan cuba menanamnya.Setakat ini saya dah cuba guna daun ketumbar untuk mengharumakan sup ayam, wah memang berbeza. Aromanya semerbak dan begitu menyelerakan. Anda yg belum mencuba, silakanlah mencuba.Rasailah perbezaannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih atas info tersebut..
cuma saya ingin membetulkan sedikit.. celery adalah sejenis sayuran yang kita gunakan batangnya didalam sup, tomyam dan sbgainya...
manakala, nama lain untuk daun sup adalah saderi..
terima kasih
Post a Comment