July 14, 2010
OO begini rasanya..buah nona.
Hari ini pertama kali saya merasa buah nona. Buah dari pokok jiran sebelah yg telah dihalalkan sejak buahnya menghala ke rumah saya. Malah pasunya sengaja didekatkan ke pagar sempadan supaya senang saya petik. emm bukan senang nak dapat jiran yg suka share buah2an dan pokok2 kami pun macam faham pulak. Pokok pisang saya beberapa kali meletok ke rumah jiran sebelah. Pokok jiran pula beberapa kali hijrah ke rumah saya.
Macam mana rasa buah nona ni? sedikit sebanyak bentuk isinya macam buah durian belanda yg saya minat tu. Cuma durian belanda masam, buah nona ni lebih gebu dan lemak.Isinya lembut, baunya sedap wangi tapi macam bau bunga pulak.Kalau cium lama sikit , rasa penin kepala.Ada orang suka sangat buah nona. Yer lah masing2 punya tekak tak sama. Terus terang saya katakan, saya tak berapa berkenan rasanya sebab saya ada pilihan lain iaitu Durian Belanda yg dekat di hati.
Inilah bentuk biji buah nona. Kalau diasingkan biji dengan isi hampir sama banyak. Siapa yg hendak cuba tanam buah nona dari biji.. boleh lah beri alamat kpd saya . Saya boleh poskan 2-3 biji benihnya. Siapa cepat dia dapat. While stock last... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
komen2 untuk buah nona sudah terdelete tanpa sengaja/ oleh itu kpd yg koemn untuk dapatkan benihnya harap dapat komen semual atau hantar alamat email kpd saya di assakynah@yahoo.com untuk saya KIV bila ank pokok ini tumbuh kelak. sekian segala kesulitan dikesali.
atau email kpd la_abwa@yahoo.co.uk -org yg sama :)
hantar ke mohd khusairi bin ismail
7a batu 26 3/4 jln pdg sanai 06300 kuala nerang kedah, saya mau tanam, tqvm
en.khusairi , benih/pokok nona ni dah habis. yg disemai pun tak menjadi. maaf ya.
Post a Comment