July 29, 2010

Durian oh Durian

Durian oh Durian:-

Pagi ni wak ekod datang lagi bawa 12 biji durian sambil melangsaikan sedikit lagi kerja2 di laman saya. Esok baru dia bawa pekerja untuk bersihkan laman yg dah semak samun. Ha tu dia.. semalam dia bagi 2 biji durian,hari ni dia hangkut 12 lagi.

Katanya dia sekeluarga dan anak-buahnya dah tak termakan. Di kebun yg dijaganya (6 ekar) berlambak2 buah durian dan buah2an lain, tuannya tak mahu jual dia beri kpd siapa sahaja yg mahu.

Begitulah reqki sebahgian manusia, ada yg kaya tanah berhetar2 tak tahu nak buat apa sanggup menggaji pekerja semata mata untuk menjaganya sahaja bukan untuk mendapat laba.

Sebagai tukaran (bater trade) wak ambil buah kelapa saya yg dah tua, tebu hitam, pisang yg ditebang semalam,jantung pisang dan buah kedondong . Begitu agaknya cara" orang berbudi kita berbahasa." Mak saya dah bercadang nak buat tempoyak tetapi saya panjangkan sedekah kpd jiran2, maklum baunya sampai ke 2-3 rumah.

Hari ni saya tak berani jamah lagi durian takut berlebihan.Kata orang kalau nak hilangkan panas badan akibat durian, kena minum air dalam pangsa durian..tapi tak lah selalu betul petua ni. esok-esok boleh la saya rasa lagi durian ni, reqki alhamdulillah.
Add a caption

Ceria durian lagi di sini.

No comments: