May 24, 2010

'Roh' pokok



Markisa seperti pokok lain yg memanjat mengeluarkan tali-talian hayat yg berfungsi sebagai 'tangan' yang akan berpaut pada batang pokok atau penyangga yang kita sediakan.Sebenarnya pokok juga ada roh, kerana itu dia hidup dan membesar. Dan kerana itu juga ada manusia yg mengamalkan aktiviti bercakap dengan pokok, kunun supaya pokoknya subur. Walhal pokok dalam hutan tak ada orang bercakap , elok saja subur tanpa belian manja. Malah kadangkala pokok-pokok dalam hutan jauh lebih sehat dari pokok di laman yg diberi macam-macam 'vitamin'.

Selepas sebulan dipindahkan ke tanah, pokok markisa saya hidup lebih subur dan dengan sendirinya mencari jalan untuk memanjat dan menjalar. Sambil 'rizom'nya memanjang pokok menjalar ini mengeluarkan 'tali-tali' ajaip yang seolah ada deria rasa dan deria penglihatan. Ia akan membelit dan melilit pokok atau apa2 benda yg mampu menyangga rizomnya untuk terus menjalar dan merebak. Belitan tali2 hidup ini jauh lebih kukuh dari belitan yg kita buat dengan dawai atau tali ropia.Itulah antara tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t bagi orang yg beriman.

1 comment:

  1. Semua benda yang hidup ada rohnya.

    Kalau tak ada roh semu makhlok tak boleh hidup dan mereka itu ( makhluk ) tersebut sentiasa berzikir kepada ALLAH SubhanahuWata'ala.

    Cuma Mungkin manusia sahaja makhluk yang mudah lupa kepadaNYA.

    ReplyDelete