May 22, 2010
Labu kuning tua sebelum waktu
Labu kuning adalah antara tumbuhan menjalar yg mudah hidup tetapi sukar menghasilkan buah yg tebal dan baik isinya. Saya dah beberapa kali tanam Labu kuning,ia rajin berbunga dan kemudiannya dari bunga itu terhasil buah. Memang unik kejadian Allah s.w.t ini.Bunga kuning yg berkembang mekar akhirnya akan layu dan meninggalkan buah kecil dipangkalnya. Buah ini yg akan membesar dan lebih kurang sebulan selepas itu, buah labu akan matang dan boleh dipetik.
Ada juga bunga yg gugur begitu sahaja tanpa meninggalkan buah. Agaknya ini kes 'keguguran'. Yang peliknya kali ini, pokok Labu ini mengeluarkan bunga yg banyak dan buah yg banyak juga. Bederet2 buahnya.Lebih ajaib dalam seminggu buahnya membesar sebesar buah golf dan terus menguning. Ada yg dah keras dan tua. Saya belum petik lagi, nak biarkan sampai besar mana dia nak mengembang.Selang beberapa hari, buah itu membusuk dan jatuh terkulai dari tangkainya.Kenapa yg labu kecil tu dah kuning?? Jadi labu kerdil ker? Tak ada rezkilah nampaknya.
<<= Ada sebiji yg dah besar buah takraw masih hijau lagi.Mudah2an yg ini akan terus membesar sebagai labu 'normal'
No comments:
Post a Comment