August 12, 2008
Ubi kayu
Berbudi pada tanah, inilah hasilnya. Zaman dahulu ada pantun dua kerat bunyinya begini:-
Ada ubi ada batas
ada budi boleh ku balas.
Tapi zaman sekarang tanpa batas pun ubi bolwh hidup. Ubi kayu paling senang hidup tanpa mengira jenis tanah. Tetapi tanah liat berpasir akan menyebabkan ubi senang di cabut..dan ubi boleh membesar dengan senang.
Ubi yg empuk dapat dilihat dari ubi mentahnya. Ubi yg empuk kulitnya senang dikupas (lekang) dan ianya gebu tidak lebam dan berkayu.
Ubi boleh dibuat bermacam resipi.. lihat resipi ubi kayu di http//la-abwa.blogspot.com . Kalau malas nak buat apa2 resipi rebus sahaja ubi tu hingga empuk, sedap dimakan dengan gula, ikan masin atau sambal tumis ikan bilis. Emm sehingga menjilat jari.
Ubi ada beberapa jenis, ada ubi kuning , ubi putih, ubi yg hanya sesuai di ambil daunnya dan ubi gajah .Ubi kuning rantingnya berwarna kuning juga. Ubi putih rantingnya merah, ubi yang dibuat sayur,daunnya panjang dan dahannya bercabang-cabang. Sementara ubi gajah, pokoknya besar seperti pokok kayu.
No comments:
Post a Comment