July 31, 2008

Mangga kebanggaanku


Ini adalah buah kali kedua. Kali pertama berbuah sekitar bulan Jun 2007, ketika itu hanya ada beberapa buah sahaja,tak sampai 10 biji.


Tahun ini alhamdulilah, lebih tiga puluh biji berjaya membesar dan masak. Banyak lagi putik yang keguguran dan ada ranting baru keluar bunga. Dan masih ada lagi putik2 baru. Gambar ini di ambil pada 31/7/2008 iaitu lebih kurang 8 minggu dari tarikh putik mula keluar dulu.

Mangga2 ini nampaknya lambat masak, ada yang lambat dibungkus lalu terbitlah karat2 buah.Kalau kat muka tu dipanggil freckle (eja salah agaknya). Pokok mangga ni tak sampai 5 kaki tingginya, sebab tu buahnya hampir mencecah tanah.



Emm.... mungkin 2-3 hari lagi boleh lah dipetik buah ni, mangga jiran banyak juga tetapi jadi habuan beruk dan monyet.Rumah saya terletak di tengah, jadi beruk tu tak nampak. Kalau tidak.. alamat tak merasalah. Sudah 4 biji mangga ni dikutip> Rasanya? rasa manggalah...mangga ni tak masam ketika muda bila masak tak pula terlalu manis, rasa lemak sikit. Terliur...? sabor jer lah.


Resipi acar mangga:

1 biji mangga muda
1 biji lobak merah
beberap butir cili padi (6 biji memadai)
sebiji bawang besar (yg besar)
secawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk.
2 sudu gula pasir
1 sudu teh garam
segenggan ikan bilis digoreng dan ditumbuk (jika suka)
sesudu cuka makan (jika suka- saya tak bubuh)

Cara buat acar:
Mangga dihiris nipis memanjang seperti mancis.
Lobak merah juga di hiris nipis halus.
Bawang di hiris nipis kecil .
Chili padi di mayang halus.
campur semua bahan , gaul rata.Hidangkan.

** enak dimakan begitu sahaja atau bersama ikan bakar...wow."

No comments:

Post a Comment