July 09, 2008
Hoya
Ini adalah Hoya dari jenis carnosa. Ada beberapa jeniis hoya lagi yang popular di Malaysia seperti bella. Hoya hidup dalam tanah biasa dan merupakan tumbuhan yg berasal dari hutan, Ianya seperti anggerik hutan yang melekat di pokok hutan yang tinggi dan kini menjadi kegemaran ramai penggemar bunga. Di Kuantan ada yang memanggilnya bunga berlian kerana bentuk bunganya seperti belian yang agak berat. Bunga ini kalau dicium baunya wangi dan manis tetapi tidak semerbak. Ia kerap berbunga dan mudah hidup. Gambar di atas diambil pada 9 Julai 2008.
Ini gambar close-up hoya carnosa diambil pada september 2006.
Kini semua hoya yang dibeli pada tahun 2006 telah dikembang biakkan menjadi beberapa pasu tetapi bunga bella yang asalnya putih berinti merah jambu telah bertukar menjadi warna merah jambu yang kusam. Mungkin saya kena tukar tanah.
Gambar ini juga diambil pada bulan september 2006. Hoya bella ini dibeli di Ipoh pada awal 2006.
Ini gambar Hoya carnosa dan bella dalam satu pasu pada tahun 2006. Kini hoya yg diletakkan dalam satu pasu (campur) merajuk tak mahu berbunga. Hoya juga ada penyakit. Kadang2 daunnya menjadi kekuningan dan berkarat. Saya tak tahu apa ubatnya, tetapi saya biarkan sahaja dan terus di siram akhirnya dia elok sendiri.. pande2 ko le nak idup :)
No comments:
Post a Comment