July 10, 2008

Terung susu kambing

Ini terung susu kambing. Pertama kali saya melihat dan mendengar tentang terung susu kambing ini semasa menziarahi seorang takan di Kg pandan , Kuantan (dekat airport) pada akhir buan Mei 2008.Daun dan rupa pukok macam pokok terung pipit, berduri batangnya. buahnya pelik, macam gambar tu lah bentuknya.

Kuning oren warnanya, menarik sungguh ciptaan Allah s.w.t ini.Bila saya bawa dan tunjuk kepada saudara mara dan rakan taulan, semua kata plastik.Apbang ipar saya sampai menggigit buah ni untuk pastikan buah ni betul ke atau buah plastik. Nak tergelak pun ada.

Saya telah memotong, buah ini. saya buangkan bijinya dan rebus. Sebelum direbus , rasa buah ini macam buah pear, wangi sedikit tetapi ada rasa gatal . Mungkin saya memang alergy kepada terung, lidah jadi gatal sikit. Rasa airnya agak payau tapi boleh ditelan . Tidak pahit.Khasiat terung susu kambing antaranya ialah untuk menyembuhkan barah payu dara. Terung ini setelah dibuang bijinya ,direbus sehingga mendidih, Minum 2x sehari sehingga sakit berkurangan.. Gambar diambil pada awal Jun 2008.

No comments:

Post a Comment