May 04, 2012

Khasiat Mahkota dewa

Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.

 Biasanya untuk tahan lama dan senang digunakan buah mahkota dewa yg sudah matang di petik, dicuci dan dihiris nipis kemudian dikeringkan dibawah panas mentari. Buah kering ini boleh disimpan lama bergantung kepada kekeringannya. Jika tak cukup kering hirisan tersebut akan berkulat. jika berkulat ianya berbahaya pula kepada kesihatan. Cara guna hanyalah dengan merendam beberapa hirisan kering dengan air panas ke dalam secawan air. Biarkan beberapa minit sebelum diminum. Tak perlu campur gula.Amalkan minum pagi dan petang atau pada bila2 masa.

Khasiat buah mahkota dewa ini banyak sangat bolehlah tanya dengan pakcik google. Cuma hati2 jika kita ada penyakit berbahaya eloklah tanya doktor dahulu. Air rebusan atau rendaman mahkota dewa ini sebenarnya menyegarkan badan dan jika diamal selalu akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.Ada beberapa website yang memberikan petua minum air rebusan buah mahkota dewa yang dicampur dengan herba lain, pengguna perlu hati2 kerana sebarang campuran herba yg tidak diluluskan kementerian kesihatan mungkin akan membahayakan kesihatan. Jadi ada baiknya buah mahkota dewa diguna tanpa campuran lain.

Tanamlah pokok mahkota dewa kerana buahnya jika dibeli agak mahal juga. Pokok besar setinggi 2kaki biasanya dijual dgn harga RM30-RM40. Pokok mahkota dewa ditaman dari biji buahnya.

February 29, 2012

hoya bella -bunga israel?



Hajat saya cuma nak upload gambar terbaharu hya jenis Bella yg dah begitu lama merajuk. Baru beberapa hari ni dia menegmbang penuh, walaupun warnanya tidak seputih seperti mula2 dibeli tapi cukuplah sebagai penawar rindu kepada bunga exotic yang dah lama tak muncul, hampur 5 tahun tak berbunga dan hampir pupus. Apa lagi snap la satu posing untuk dimuatkan dalam blog.

Sambil tu saya seacrh di internet untuk memastikan jenis hoya ini...Bella. Wah terkejut saya melihat satu photo yang seakan sama dengan photo saya tertulis pada gambar tersebut itu flowerinisrael -klik di sini


oh bunga di israel rupanya..tak perlah di mana2 muka bumi ini milik Allah s.w.t juga. tak payah pergi Israel boleh jumpa bunga yang sama di Malaysia.

February 17, 2012

Muscato de hamburg kembali bernyawa


Anggur jenis muscato de hamburg ini adakalanya begitu sensitif. Saya perhatikan ianya mudah mengalah bila ada saingan dari pokok lain seperti kacang botol yang memanjat disebelah pokoknya. Sudah tiga kali Muscato hampir mati disebabkan pokok kacang botol hidup segar disebelahnya. Walaupun dibubuh baja dan digemburkan tanah , muscao tetap hidup segan mati tak mahu.agaknya pokok ini "merajuk".

Bulan lepas saya potong pokok kacang botol. Saya pangkas semua daun dan ranting muscat.dan saya curahkan air penggalak akar. Tiba2 selepas 2 minggu hasilnya seperti gambar. saya belum lagi tabur jamu tanah cap Apache, nampaknya pertumbuhan muscato begitu baik, biarlah dulu. Mungkin 2-3 hari lagi saya nak letakkan baja cap apache ni.

November 08, 2011

Sabut Petola

Sabut petola secara tradisinya diguna sebagai pencuci pinggan, berus badan dan barangan kraf. Sudah lama saya menggunanya tetapi masalahnya ianya agak sukar ditemui. Sekali sekala dijual di pasar-pasar tani secara kecil-kecilan. Harganya tak mahal sekitar RM-RM2 bergantung kepada saiznya. Kepada yg kreatif tentu sabut petola ini dapat menjadi hiasan disamping bunga-bunga kering yg lain.




Kini tak jadi masalah. Di rumah kakak saya di Ipoh sudah pun ditaman pokok petola ini yg mana ianya jenis petola yg bulat licin kulitnya, rasanya masih rasa petola. Bezanya, petola biasa yg dijual di pasar2 bentuknya bersegi dan berwarna hijau gelap. Petola sabut ini warnanya cerah macam warna labu air.Buah mudanya boleh dibuat sayur bila dah tua renta dan dibiarkan kering, sabutnya pula yg berguna.


Buah tua dan dibiarkan keperangan begini, ia sudah sesuai untuk dikutip dan di biarkan kering. Bila dibuang kulit luarnya maka dapatlah sabut yg berkerawang cantik. Ia di gunakan seperti span pencuci pinggan, malah kulitinya jauh lebih baik kerana ianya ciptaan Allah s.w.t. Ia tidak memerangkap minyak, jadi pinggan mangkuk dan periuk belanga akan lebih mudah dicuci.

Cara menanam adalah dari bijinya. Ia mudah tumbuh.Selamat mencubay

August 18, 2011

Teknik petik kelapa muda yg tinggi pokoknya


Bila pokok kelapa dah tinggi, satu masalah yg sering dihadapi ialah untuk memetik buahnya. Di tahun pertama pembuahan, buah kelapa boleh dipetik dihujung jari sahaja. Setelah empat tahun berbuah, pokoknya sudah lebih tinggi dari bumbung rumah

Tips yg nak saya kongsikan ialah pengunaan tali nylon sepanjang 4-5 meter.
Cara pertama ialah menggunakan tali untuk menarik buah yg sudah tua dan tinggi.
Belit dan ikat tali pada pangkal tandan kelapa. Untuk membelitkan tali kena guna galah panjang. Hujung tali terlebih dahulu diikat dengan kayu/ batu sederhana besarnya supaya mudah tali dijolok ketangkai kelapa. Bila sudah terbelit tarik hujung kayu supaya kita boleh pegang dua2 hujung tali. Anda seorang atau berdua boleh mula menarik tandan tadi dengan gerakan serentak.. satu, dua tiga.... yah, setandan tergolek ke bawah. Pastikan cara ini untuk ambil kelapa tua.. yg tandannya mudah tanggal dari dahan. Kaedah ini boleh dan sesuai dibuat oleh kaum wanita secara berkumpulan, satu aktiviti yg santai dan menggembirakan!

oh ya sebelum menarik tandan kelpa pastikan dibawah tandan ini tiada pelepah kelapa. Jika ada, tarik pelepah kelapa itu dulu dengan kaedah yg sama!




Tips kedua ialah menggunakan tali nylon juga, iaitu untuk mengelak buah muda jatuh terhempas. Tali diguna untuk mengikat tandan kelapa dibahagian tengah, kemudian tali disusupkan ke pelepah kelapa yg berada di atas darni tanda yg hendak dipotong. Hujung tali kemudiannya ditambat pada pokok atau pada pagar secara longgar sekadar panjangnya tak mencecah bumi. Bila tangkai kelapa ditebang, tali ini akan menahan setandan kelapa jatuh terhempas dan buahnya berselerakan terguling.Kaedah ini memerlukan mereka yg mahir memanjat dan menebang.Ini kerja orang lelaki....orang perempuan jangan buat no...jangan duk panjat pokok kelapa, satgi kelapa tak jatuh kita yg jatuh.

April 24, 2011

Bayam halimah @ gedebe lembu?



Mungkin ada diantara kita tak pernah dengar nama ulam ini atau tak pernah lihat pun. Hari ini saya ke Pasar tani Mega di Kuantan, saya nampak ulam ini yg sebelum ini tak perasan pun kehadirannya. Saya meramahkan diri bertanya kepada penjual, apa namanya, apa khasiatnya.

Mula2 dia kata gedebe lembu. Entah betul ker tidak sebutannya saya tak pasti sebab keadaan sekitar yg bising ketika itu. Melihat muka saya yg agak keliru agaknya, dia kata nama lain ialah Bayam Halimah. Hah barulah sedap sikit namanya. Kalau sebut bayam Latifah lagi bagus .. hehe.

Menurut puan peniaga ni, khasiatnya baik untuk kesihatan wanita. Saya pun tak bertanya lanjut.... kira faham lah tu. Saya pun beli secekak RM1. Balik rumah makanlah macam ulam biasa, rasanya macam rasa rumput la. Cuma tak ada rasa yg pelik, daunnya agak kasar seperti ada sisik/bulu2 halus macam daun labu kuning. Boleh lah dimakan sebagai ulam,cuma kalau nak banding dengan daun Selom atau ulam raja , saya lebih gemar daun selom dan ulam raja. Mungkin sebab tak biasa atau tak tahu cara nak masak dan ini.

Jika ada pembaca yg ada pengalaman makan atau tahu khasiat Bayam Halimah ini, sudi2lah berkongsi maklumat.Saya dah cari di enjin carian pakcik google tapi yg keluar ialah set bersalin Ibu halimah,dan drama halimah jongang, kah kah.