April 24, 2011

Bayam halimah @ gedebe lembu?



Mungkin ada diantara kita tak pernah dengar nama ulam ini atau tak pernah lihat pun. Hari ini saya ke Pasar tani Mega di Kuantan, saya nampak ulam ini yg sebelum ini tak perasan pun kehadirannya. Saya meramahkan diri bertanya kepada penjual, apa namanya, apa khasiatnya.

Mula2 dia kata gedebe lembu. Entah betul ker tidak sebutannya saya tak pasti sebab keadaan sekitar yg bising ketika itu. Melihat muka saya yg agak keliru agaknya, dia kata nama lain ialah Bayam Halimah. Hah barulah sedap sikit namanya. Kalau sebut bayam Latifah lagi bagus .. hehe.

Menurut puan peniaga ni, khasiatnya baik untuk kesihatan wanita. Saya pun tak bertanya lanjut.... kira faham lah tu. Saya pun beli secekak RM1. Balik rumah makanlah macam ulam biasa, rasanya macam rasa rumput la. Cuma tak ada rasa yg pelik, daunnya agak kasar seperti ada sisik/bulu2 halus macam daun labu kuning. Boleh lah dimakan sebagai ulam,cuma kalau nak banding dengan daun Selom atau ulam raja , saya lebih gemar daun selom dan ulam raja. Mungkin sebab tak biasa atau tak tahu cara nak masak dan ini.

Jika ada pembaca yg ada pengalaman makan atau tahu khasiat Bayam Halimah ini, sudi2lah berkongsi maklumat.Saya dah cari di enjin carian pakcik google tapi yg keluar ialah set bersalin Ibu halimah,dan drama halimah jongang, kah kah.

6 comments:

  1. saya memang suka ulam... nak try lah..

    ReplyDelete
  2. try jgn tak try, sy dah tanam tp tak tau la boleh idup ke tak.

    ReplyDelete
  3. rupanya lam ni bersepah kat laman rumah sy.. kah2, saya suka buang rumput ni semasa ia kecil.Rupanya bila besar barulah tau ianya serupa dgn yg di jual di pasar.. apa lah susah2 nak tanam :)

    ReplyDelete
  4. Pasar tani mega kuantan 2 dpn utc ek...kdai dia kt belah mana...sy memerlukn bayam halimah nie...sb nk buat ubat...

    ReplyDelete
  5. Pasar tani mega dkt mana ek...dpn utc ke...

    ReplyDelete
  6. En Miro, yer pasar tan depan UTC kuantan. Tapi susah juga nak dpt bayam bi sebab bukan selalu ada. Di rumah saya ni kdg2 ada, masih berminat ker?

    ReplyDelete