May 20, 2010

Bunga apa ni-bau wangi setaman


Siapa tahu nama bunga ni? Ianya sejenis pokok menjalar biasa ditanam dipagar2 dan tak tanam pun dia hidup. Pokok yg ada di rumah saya ni merayau dari rumah sebelah, akhirnya dia berbunga lebat sejak dua minggu yg lalu. Orang lalu lalang, berbisik2 , apa benda yg wangi sangat tu... ingat bunga kenanga, tp bunga kenanga tak gitu bau nya. Cium punya cium, rupanya bunga ini.

Jiran2 sy pun tak tahu namanya. tapi kawan saya kata nama bunga tu ada kaitan dengan janda, entah janda berhias ke janda apa. tapi bukan janda baik, he he, janda baik ada kat Pahang juga. Tapi itu nama tempat daa..

Saya tanya pakcik google, oh memang ada nama bunga janda kaya. Gambarnya sebijik macam bunga saya ni... ialah kut bunga janda kaya.Tapi website lain lain pulak rupa bunga janda kaya. Isy isy susahnya nak beri nama bunga.Jangan nanti orang kata saya pulak yg janda -- hancusss. Apa pun baunya sangatlah harum..5meter boleh bau lagi.Orang kata kalau taman ada bunga wangi hantu suka.... he he kurafat pulak.

3 comments:

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Kalau tak dak nama, bagi je nama dia Bunga La_Abwa!

la_abwa said...

sedap gak nama bunga gitu.. tapi kena paternkan lah, kalau tak nanti bunga taik ayam pun org kata bunga la_abwa. :)

Muzika Akustika said...

Pokok ini dikenal orang kita sebagai Akar Dani. Omputih panggil "rangoon creepers" Memang cantik dan wangi bunganya. Warna putih semasa mula-mula keluar putik bunga, bertukar merah diakhirnya. Malang nya bunga ini tak tahan lama, 2 minggu kurang lebih. Ramai tidak tahu yang ianya adalah sejenis tanaman herba. Boleh buat ubat sakit perut. Perlu rajin mencantas, jika tidak ia akan menjadi terlalu rimbun, semak!