March 21, 2010
Antara sawi,kobis dan sayur kampung
Biasanya kita makan sayur ikut citarasa. Ramai juga yang tak suka langsung makan sayur dikatanya macam kambing,lebih2 lagi kalau makan pucuk ubi sebab kambing suka makan pucuk ubi. Ada orang kata lelaki/kanak2 lelaki kurang gemar makan sayur , yer ker? Mungkin juga,wanita pula suka makan sayur untuk jaga kesihatan kulit, kununnya. Kali ni saya nak menulis tentang khasiat sawi , kobis dan sayur kampung yg baru saya tahu. Sekarang ni sawi pun adah ada macam2 jenis. Ada sawi putih, sawi hijau, sawi panjang, ada sawi pelik. Sawi pelik tu saya takut nak beli sebab lain macam bentuknya , daunnya pendek dan kerinting dalam 2 inci , batangnya panjang dalam 6-7inci. Agaknya dihasilkan melalui kaedah bio-tek.
Kata orang kalau wanita sedang menyusukan anak nak kurangkan air susu , makan kobis bulat secara mentah atau dicelur. Tujuannya mungkin kerana terlalu banyak air susu atau wanita berkenaan hendak bermusafir dan meninggalkan anak (pergi buat kerja haji dll). Bila sudah habis urusan dan nak menyusukan semula, banyakkan makan sawi putih. Sawi pula akan membanyakkan air susu. Entah betul atau tidak tak tahulah, ini cuma petua wanita yg pernah mengamalkannya. Saya cuma tuliskan sahaja, mana tahu ada yg nak cuba.
Sayur kampung pula akan menghasilkan angin. Kalau ibu yg sedang menyusukan anak banyak makan sayur kampung anak akan jadi kembung perut. Yer tak? he he , tak caya cuba makan sayur pucuk ubi, pucuk paku, pucuk labu, pucuk keledek, pucuk timun dan segala jenis pucuk yg boleh dimakan. Tengok kerenah anak yg menyusu tu... kalau kembung atau merengek jawapnya kenalah bawa ke klinik. Tak dapek den nolong....
gambar sebelah ni ialah daun pecah beling yg pahit tak sedap.Saya pun pelik juga bila kita seolah olah faham dengan sendirinya apa yg dikatakan sayur kampung dan sayur tak kampung. Biasanya sayur yg diimport dan ditanam di tanah tinggi tidak dinamakan sayur kampung. Contohnya carrot/lobak, sawi, kobis, terung, kangkung, bayam, brocoli, bunga kobis, putik jagung,kacang panjang, labu siam, labu, tomato dan chili bulat.
Sayur kampung adalah seperti daun pucuk manis (asin2), daun pecah beling, daun geti (turi), labu, daun meranti, terung pipit,pucuk ubi, pucuk paku, peria, petola, kacang kelisa ,batang keladi, daun maman dan banyak lagi yang ramai dah tak kenal. Kalau kita ke pasar tani di kawasan kampung lebih banyak daun-daunan yg dijadikan sayur dan kita tak pernah rasa. Nak masak macam mana pun tak tahu la.
Malah ada juga produk yg tak dapat dikategorikan dalam kategori sayur tetapi dibuat lauk dan dimakan bersama nasi seperti tempe, taugeh, tahu, soohun, fucuk, jeruk kulit cempedak dan jeruk buah2an . Ada juga buah2an dan tumbuhan kampung dibuat sayur seperti nangka muda, betik muda, pisang muda,batang pisang, umbut dan rebung. Maknanya kalau tinggal dikampung agak senang nak makan dan murah harganya. Kalau dibandar atau pinggir bandar , kalau kurang wang maka kita akan makan angin sahaja. Kawasan rumah pun tak bertanah, nak bertanam cara hidrodfonik pun kurang masa bahkan kena keluar modal juga.
Namun bagi yg minat menanam, dalam polibag dan tapak polisterin pun jadi. Saya pernah tengok seorang peniaga yg menanam berbagai sayur di belakang kedai. Dia cuma guna tanah dari bahan2 yg dibakarnya dan diletakkan dalam bekas polisterin putih. Rasanya bekas polisterin tu dia ambil dari kedai berdekatan yg jual alat eletrik. Macam2 sayur ada, sawi, kangkung bayam , bendir, tomato dan kacang panjang. Bila tengok hasilnya subur seronok sekali. Itulah namanya minat. Saya minat juga tapi malas jaga. Tanam sayur leceh, kena jaga rapi. Setakat ini saya cuma pernah tanam perian, labu, petola, nenas, kacang kelisa , ubi dan ulam raja. Memandangkan beli sayur lebih murah, maka saya beli. Ada jiran yg jual sayur,kadang2 sampai tak termakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam
dekat kg akak kat kedah, daun pecah beling tu org panggil daun peria pantai, cuba buat masak lemak yg putih tu, rasanya lemak2 pahit, sedap atau pun rebus dan cicah sambal belacan...perrgh sedahnya.
sebenarnya nak makan apa pun , lepas baca doa makan , bacalah bismillah 5, insyaallah semua makanan tidak mendatangkan masalah pada tubuh badan. doa kan senjata org mukmin.
oh nasib baik ada org komen/back up. Bkn apa di milis taman flora ada org kata daun tu bukan daun pecah beling, sebab dlm internet tunjuk daun pecah beling /pecah kaca keras sikit bentuknya, mcm daun kayu. ia ubat barah.
rasanya mungkin cara masak nya sama mcam masak daun meranti, ditambah keledek dan santan pekat. memang sedap.
bismillah lima saya amal waktu mencuci sayur2, itu amalan yg diajar ustaz untuk hindarkan racun/mudharat pada makanan. mmg elok amal sebelum makan.
tp alergy saya duk mcm tu juga biasanya...cuma tak teruk.yg penting jgn berlebih2an makan apa2 pun.
salam kak.
daun pecah beling/pecah kaca tebal dan kasar permukaannya, seperti berbulu halus.
itu daun peria pantai (ada yg panggil peria laut). keluarga saya cukup suka makan pucuk peria laut tu. makan mentah, dibuat ulam. tak pahit. nak tanam pun senang, dari cutting dahan.
betullah, nama daun tu peria laut. saya tanya kat psar tani mega. Tu la dh tersalah nama ..:)
betul.. daun pecah beling yang dikatakan tu juga dipanggil pucuk peria pantai.. sama ada dicelur, dimasak lemak atau dimasak air.. nak naikkan rasanya boleh ditambah labu manis.. hmm.. saya suka puck peria pantai ni..
Post a Comment